Guru Dimaki Calon SPM, Tuan Empunya Badan Buka Mulut, Apa Dosa Saya? – Manis Madu
Guru Dimaki Calon SPM-text

Guru Dimaki Calon SPM, Tuan Empunya Badan Buka Mulut, Apa Dosa Saya?

Baru-baru ini tular video seorang guru meluahkan rasa sedih dan geram terhadap tindakan seorang pelajar SPM yang dikatakan telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

 

Video itu pada asalnya telah di padam selepas pihak sekolah membuat permohonan maaf dan turut kesal dengan kejadian tersebut namun video itu masih disebarkan di serata sosial media.

 

Terbaru, guru yang dikenali sebagai Norsheika Syuhada Abdul Karim telah memuatnaik penjelasan panjang lebar melalui posting di Facebook nya.

Pada 23 Februari lalu, Cikgu Norsheika telah dimaki seorang pelajar selepas dia tidak membenarkan pelajar tersebut keluar semasa 5 minit terakhir sebelum tamat masa menjawab. Sedangkan dia hanya mengikut arahan yang ditetapkan.

 

Lebih menyedihkan apabila guru tersebut berkongsi bahawa dia juga terkena panic attack selepas kejadian tersebut.

 

“Saya segera pulangkan kertas jawapan di bilik 1 kemudian saya masuk kereta menjerit semahunya. Saya marah, saya sedih, saya mula rasa kaki tangan dan muka saya kebas, dan saya mula sukar untuk bernafas. Dada saya sakit. Susah nak bernafas.

 

“Air mata mengalir tak henti. Apa dosa saya sebagai guru dimaki hanya kerana minta beliau ikut arahan? Saya hilang kawalan. Saya tak dapat fikir secara rasional akibat sedih melampau.”

 

Madu nak nasihatkan pada semua, hormatlah insan bergelar guru kerana jasa dan pengorbanan mereka mendidik anak bangsa begitu mulia.

Post a Comment