Guru Wanita Hilang RM27,550, Ditipu Scammer Mengaku Polis – Manis Madu
Guru-Wanita-Hilang-RM27,550

Guru Wanita Hilang RM27,550, Ditipu Scammer Mengaku Polis

Kejadian berlaku di Kuantan Pahang apabila seorang guru wanita  membuat laporan polis setelah mengalami kerugian RM27,550 akibat ditipu scammer yang memperdayanya mengaku sebagai seorang pegawai polis yang kononnya bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Menurut Supt Mohd Wazir Mohd Yusof selaku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang berkata, pihaknya telah menerima satu laporan dari guru wanita yang berusia 57 tahun itu yang mana mendakwa dirinya menerima satu panggilan dari scammer terbabit yang mengaku sebagai pegawai polis mengatakan namanya digunakan bagi membuka sebuah akaun bank yang dikaitkan dengan aktiviti penggubahan wang haram pada Rabu lepas.

 

“Wanita itu mendakwa telah menuruti arahan untuk memberikan maklumat peribadi dan perbankan kepada suspek, kononnya bagi tujuan siasatan kerana bimbang ditangkap jika tidak memberikan kerjasama kepada polis”.

 

“Bagaimanapun selepas wanita itu memeriksa baki akaun banknya pada pagi semalam, dia mendapati ada banyak transaksi pemindahan wang secara atas talian daripada dua akaun bank miliknya ke akaun yang tidak dikenali,” katanya kepada pemberita di sini hari ini”.

 

Menurut Mohd Wazir lagi, pihaknya menerima laporan oleh guru wanita itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, kira-kira 220 kilometer dari sini semalam, serta kes disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

 

Di samping itu, beliau menasihati orang ramai untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu di balai polis berhampiran jika menerima panggilan mencurigakan termasuk kepada mereka yang memperkenalkan diri sebagai polis atau agensi kerajaan lain, serta tidak berkongsi maklumat peribadi dan perbankan menerusi panggilan telefon.

Sumber Gambar: selangorkini

Post a Comment