Hack Mekap Scam? Wanita Uji Pada Muka Sendiri, Lihat Sendiri Hasilnya!
Nak cari ‘makeup hack’ atau tip solekan, buka jerr media sosial, semua ada! Lebih-lebih lagi berkaitan makeup atau rutin penjagaan kulit. Tinggal pilih dan aplikasikan dalam rutin harian.
Namun, tak semua hack atau tip berkesan seperti yang diajar dalam video. Adakalanya apa yang diajar tak menjadi pun! Tak tahulah sama ada kita yang salah buat atau hack itu memang tak boleh pakai.
Baru-baru ini, hack solekan terbaru yang tular di platform TikTok adalah mengenai ‘foundation hack’ dan seorang wanita bertindak untuk mencuba samada hack itu berkesan atau sebaliknya.
@aintasnim Would you try this? #foundationhack ♬ original sound – aintasnim
Difahamkan, foundation hack tersebut bertujuan untuk menjadikan foundation yang dipakai ‘transfer proof’ dan kurang berminyak.
Caranya adalah dengan merendam foundation yang mahu digunakan ke dalam air untuk seketika sebelum menggunakannya pada wajah.
Dalam video berkenaan, wanita tersebut dilihat menggunakan foundation yang telah direndam dalam air lalu mengaplikasikannya pada sebelah bahagian wajah.
Setelah menyapu foundation dan meratakan di seluruh wajah, wanita itu mengambil tisu dan menekap pada wajahnya dan ternyata, foundation itu masih melekat.
“Sama je. This hack is definitely a scam. So yeah, don’t waste your time guys!” ujar wanita berkenaan.