Hadir Di KLFW2022, Netizen Kecam Aina Abdul Pakai Plastik Sampah? – Manis Madu
Hadir Di KLFW2022, Netizen Kecam Aina Abdul Pakai Plastik Sampah?

Hadir Di KLFW2022, Netizen Kecam Aina Abdul Pakai Plastik Sampah?

Rasanya semua sudah sedia maklum, beberapa hari lalu telah berlangsung minggu Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022) dan acara ini dinanti-nantikan banyak pihak setiap tahun.

 

Acara berkenaan dihadiri ramai barisan selebriti dan influencer yang memeriahkan pesta berkenaan dengan menggayakan pakaian yang menarik dan menakjubkan. Cantik-cantik dan unik semuanya!

 

Penyanyi terkenal, Aina Abdul juga tidak terkecuali untuk menghadirkan di majlis peragaan fesyen berkenaan dengan memakai pakaian yang luar biasa serta menjadi buah mulut orang ramai kerana keunikan yang ditonjolkannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Menerusi satu hantaran video di laman Instagram, Aina berkongsi videonya memakai pakaian serba hitam ‘berkepuk-kepuk’ sepanjang berada di KLFW2022.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINA ABDUL (@ainaabdul)

Meskipun kelihatan unik dan menonjolkan kelainan, namun di mata warganet pakaian tersebut dikatakan seolah-olah seperti berlebihan malah ada yang menyamakan pakaian tersebut dengan plastik hitam yang dihimpun dalam satu tempat, selimut dan lain-lain lagi.

 

Bukan itu saja, netizen juga turut mempertikaikan pereka fesyen busana terbabit dan merasakan pereka fesyen itu sudah kehabisan idea untuk mereka hasilkan satu pakaian yang ‘senonoh’ untuk penyanyi berkenaan.

 

Bagaimanapun, terdapat juga komen memuji penampilan Aina dan tidak kisah dengan fesyen pelik yang digayakan asalkan penyanyi itu masih menutup aurat.

 

“Alhamdulillah tertutup semuanya. Berbanding yang lain, bogel dah,”

 

“Janji menutup aurat. Tahniah,”

 

“Betul-betul tutup aurat,”

 

Platun lagu Semalam itu sememangnya dikenali sebagai penyanyi yang gemar tampil dengan imej-imej pelik ketika membuat persembahan pentas atau hadir ke acara hiburan.

Post a Comment