Hanya Tweet Dua Perkataan, Elon Musk Pengaruhi Pengikut Untuk Uninstall Whatsapp – Manis Madu
Whatsapp dan Signal

Hanya Tweet Dua Perkataan, Elon Musk Pengaruhi Pengikut Untuk Uninstall Whatsapp

Madu rasa dah ramai yang dapat mesej daripada Whatsapp tentang polisi keselamatan terbaru yang akan dikongsi dengan aplikasi Facebook.

 

Walaupun mereka mengatakan ia bertujuan untuk pemasaran dan pengiklanan sahaja namun ramai yang menganggap ia sebagai pencerobohan terhadap privasi mereka.

 

Sehubungan dengan itu, jurutera dan usahawan teknologi terkenal, Elon Musk ada memuatnaik ciapan di laman Twitter peribadinya, mengajak semua orang bertukar kepada aplikasi Signal bagi menggantikan Whatsapp.

Hanya dengan menggunakan dua perkataan iaitu “Use Signal”, sistem operasi syarikat tersebut mengalami verification codes delay kerana dibanjiri pengguna baru. Betapa kuat pengaruh Elon Musk!

Bagi Maduners yang tidak tahu, Signal merupakan aplikasi perbualan lain yang di tweet oleh Elon Musk minggu lalu. Dalam erti kata lain, Signal secara tidak langsung telah menjadi pesaing baru kepada aplikasi Whatsapp!

 

Namun, tidak mudah bagi pengguna Whatsapp sekarang untuk beralih ke Signal atau aplikasi lain apabila lama guna sesuatu aplikasi, dah selesa guna mesti susah nak berhijrah.

 

Haa, Maduners macam mana pula? Nak bertukar ke Signal atau masih setia dengan Whatsapp?

Post a Comment