Hapuskan Stigma AIDS! Selamat Hari AIDS Sedunia – Manis Madu
Selamat Hari AIDS Sedunia

Hapuskan Stigma AIDS! Selamat Hari AIDS Sedunia

1 Disember diiktiraf sebagai hari AIDS sedunia dan tujuan hari AIDS disambut adalah untuk memupuk kesedaran mengenai wabak AIDS yang berlaku akibat jangkitan HIV.

 

Sebelum Anis pergi lebih jauh, Maduners tahu tak apa itu AIDS dan HIV? AIDS adalah singkatan daripada Acquired Immune Deficiency Syndrome, manakala HIV pula adalah Human Immuno-deficiency Virus.

HIV-101-The-Essential-Facts

Sumber: slideplayer.com

Individu yang dijangkiti HIV awalnya mungkin tak tahu pun yang mereka sebenarnya dijangkiti! Hal ini kerana HIV ada ketikanya tidak menunjukkan sebarang gejala. Jika terdapat gejala yang berlaku pun, mungkin hanya tanda-tanda biasa seperti berpeluh di tengah malam, selsema serta mengalami ruam merah di kulit. Biasa jerr kan gejala ini?

 

Virus HIV dapat disahkan hanya melalui ujian darah. Jika individu tersebut tak buat pemeriksaan darah, dia tidak akan tahu dia sebenarnya dijangkiti.

 

Sekarang Anis nak tanya dengan Maduners, andai kata kawan-kawan Maduners ada yang dijangkiti HIV, adakah korang masih mahu berkawan dengan mereka seperti biasa?

 

Jika jawapan Maduners rasa jijik, Maduners masih gagal dalam usaha membantu membanteras jangkitan ini!

HIV-AIDS

Sumber Gambar: sumeks.co

Eh apa kaitan pula? Semestinya ada kaitan! Perkara pertama yang membunuh pesakit HIV ini bukanlah beban sakit yang ditanggung tetapi stigma masyarakat terhadap mereka. Ya, stigma dan pandangan kita terhadap mereka!

 

Bila berdepan individu yang menghidap HIV/AIDS kebanyakan daripada kita cenderung untuk menjauh dan menghindari mereka, ataupun apa yang berlegar dalam minda masyarakat tentang pesakit HIV adalah seperti “Ni mesti kaki dadah!” “Kena HIV sebab selalu seks rambang”.

 

Jangan pukul rata pada pesakit HIV! Tak semua mereka mendapat penyakit berpunca daripada diri mereka. Ada juga pesakit dijangkiti berpunca daripada pendermaan organ atau darah.

 

Meskipun mereka positif HIV oleh kerana gaya hidup kurang sihat yang diamalkan, mereka tidak sewajarnya berdepan dengan stigma dan diskriminasi daripada masyarakat!

 

Apa yang Maduners boleh lakukan, jika korang berdepan dengan pesakit HIV ubahlah stigma yang semua pesakit HIV lahir daripada ‘dosa’.

 

Kalau pun terbukti perkara itu berpunca daripada kesalahan mereka, kita sebagai masyarakat perlulah beri mereka peluang dan bagi sokongan moral agar mereka kekal semangat untuk sembuh.

Nasihat Anis, jadilah tangan yang menghulurkan pertolongan dan bantuan buat mereka yang dijangkiti. Selamat Hari AIDS Sedunia!

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment