Haram Dipakai! dUck Terpaksa Tarik Semula Tali Leher Sutera Daripada Pasaran – Manis Madu
Haram Dipakai! dUck Terpaksa Tarik Semula Tali Leher Sutera Daripada Pasaran

Haram Dipakai! dUck Terpaksa Tarik Semula Tali Leher Sutera Daripada Pasaran

Madu dengar baru-baru ini timbul kontroversi terbaru mengenai jenama dUck.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The dUCk Group (@theduckgroup) on

Kali ini, jenama dUck dikecam kerana melancarkan koleksi terbaru iaitu tali leher sutera yang juga mana bagi koleksi tersebut mereka telah berkerjasama dengan Marvel.

 

Koleksi tali leher edisi terhad Marvel daripada dUck ini dilancarkan bersempena dengan Hari Bapa yang mana sudah tentu sasaran pasaran mereka yang akan memakai tali leher ini adalah lelaki.

Melancarkan tali leher tidak bermasalah, namun berdasarkan bacaan Madu daripada komen netizen, mereka mengecam jenama dUck kerana menggunakan sutera bagi menghasilkan tali leher tersebut.

 

Di dalam hukum agama Islam, seorang lelaki tak dibenarkan untuk memakai mana-mana jenis pakaian atau perhiasan yang diperbuat daripada sutera.

Setelah terima kecaman hebat daripada netizen, dUck telah membuat pengumuman menerusi laman rasmi Instagram mereka tentang penarikan semula jualan tali leher tersebut daripada pelanggan lelaki mereka yang beragama Islam.

 

Hanya 24 jam sahaja penjualan tali leher tersebut, Madu agak terkejut tetapi syabas diucapkan kepada jenama dUck dengan tindakan pantas mereka menyelesaikan isu tersebut.

 

dUck juga menyatakan mereka akan menghentikan penjualan tali leher tersebut serta merta dan juga akan memberikan tali leher Marvel X dUck tersebut kepada frontliners lelaki bukan Islam sebagai hadiah hari bapa.

 

Jadi, apa pendapat Maduners mengenai kontroversi ini? Bagaimana hal ini boleh terlepas pandang?

Post a Comment