Harvey Norman, Kfry, Chef Wan Café Dah Ada Dekat Gombak! Hari Pembukaan KL East Mall, Jangan Lepaskan Peluang Tawaran Menarik! – Manis Madu
KL East Mall

Harvey Norman, Kfry, Chef Wan Café Dah Ada Dekat Gombak! Hari Pembukaan KL East Mall, Jangan Lepaskan Peluang Tawaran Menarik!

Ada tak dalam kalangan Maduners yang tinggal di Gombak? Haaa! Madu ada berita gembira untuk korang!

 

Untuk pengetahuan korang, 25 November 2020 lepas pusat membeli belah milik penuh Sime Darby iaitu KL East Mall dah dibuka!

Wahhh, makin senang Maduners nak shopping. Dengar cerita banyak kedai-kedai famous yang dibuka dekat KL East Mall macam Harvey Norman, KFry, Jaya Grocer, H&M, Toys’R’Us dan banyak lagi! Dengar cerita Chef Wan Café akan di buka Disember nanti. Omooo bestnya!

KL East Mall juga melancarkan kempen pertamanya sempena sambutan Krismas akan datang bertemakan ‘A Crystalline Christmas’ bermula 25 November 2020 hingga 3 Januari 2021.

 

Menariknya, Maduners boleh menikmati “scenery of a frosty crystalline forest” yang menjadi tema deco mall ini! Nama tema dia pun dah glamour habis! Alahh, macam ala-ala Frozen gituuu. Bolehlah Maduners feeling-feeling sambil ambil gambar!

Apa yang lagi menarik, KL East Mall tawarkan hadiah kepada para pembeli sehingga RM180,000! Maduners juga berpeluang untuk menebus Tabung Seramik Eksklusif dengan membelanjakan minimum RM250, maksimum dalam dua resit.

 

Selain daripada itu……eh ada lagi ke? Mestilah ada lagi! Selain daripada dua tawaran di atas, korang juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM3000 dengan hanya berbelanja sebanyak RM50. Ish ish ish, rugi betul kalau Maduners tak sertai! Bukan senang orang nak bagi hadiah banyak-banyak macam ini!

 

Maduners yang nak ke sana, jangan lupa jaga SOP! Shopping, shopping juga, SOP tetap kena jaga. Maduners jangan risau sebab di KL East Mall mereka menyediakan peralatan untuk periksa suhu, hand sanitiser di lokasi-lokasi yang strategik, melekatkan pelekat social distancing untuk mengingatkan pengunjung menjaga jarak dan yang pasti kena daftar melalui aplikasi MySejahtera sebelum masuk.

Maduners juga boleh muat turun aplikasi KL East Mall di Apple App Store, Google Pay Store atau Huawei AppGallery. Di aplikasi ini, korang dapat tebus baucer, promo dan macam-macam lagi! Bukan main promosi diorang buat untuk pembukaan KL East Mall!

Banyaknya benda menarik yang disediakan! Maduners yang tinggal di Gombak atau kawasan berdekatan, tunggu apa lagi, sekarang dah boleh shopping dekat KL East Mall!

Post a Comment