Hati-Hati Bila Bercuti! Seram Tengok 7 Hotel Paling ‘Keras’ Di Seluruh Dunia – Manis Madu
Hati-Hati Bila Bercuti! Seram Tengok 7 Hotel Paling ‘Keras’ Di Seluruh Dunia

Hati-Hati Bila Bercuti! Seram Tengok 7 Hotel Paling ‘Keras’ Di Seluruh Dunia

Menginap di hotel pasti akan menjadi salah satu momen indah ketika percutian. Lebih-lebih lagi jika percutian itu bersama keluarga atau rakan-rakan terdekat.

 

Namun, momen indah itu boleh bertukar ngeri jika hotel yang didiami sebenarnya turut didiami makhluk lain. Gangguan seperti penampakan entiti misteri, terdengar bunyi pelik atau terbau bauan tidak menyenangkan mungkin akan buatkan korang tak senang duduk!

 

Hari ini Anis akan kongsikan beberapa hotel yang dikhabarkan ‘keras’ dan sering terjadi kejadian menyeramkan kepada para pengunjung.

7. Baiyoke Sky Hotel, Thailand

Benda ini diceritakan melalui review yang ditinggalkan oleh pengunjung tentang pengalaman seorang wanita yang menetap di hotel itu untuk honeymoon dengan suaminya.

 

Mula-mula mereka masuk dalam bilik hotel itu, dah disambut dengan bau yang sangat busuk. Ditambah pula dengan suasana dan perabot di dalam bilik yang menyeramkan, lagi cuak! Mereka juga merasakan seolah ada sesuatu sedang memerhati dan menurut ciapan itu juga, lebih tambah seram, kerusi dan barangan mereka bergerak dengan sendiri.

peter-herrmann-d-8_X7Ffxj4-unsplash (1)

Ramai yang mengaitkan kejadian seram yang berlaku di hotel itu dengan kematian tiga orang pekerja yang terjatuh dari tingkat 67 semasa pembinaan hotel.

6. The Omni Hotel, Amerika Syarikat

Hotel ini merupakan antara hotel paling lama di Amerika iaitu sekitar tahun 1766 dan pernah terbakar pada tahun 1901. Ada kisah legend di hotel ini tentang seorang wanita yang akan berkahwin di hotel itu. 

 

Malangnya, bakal suami dia tidak hadir kerana tidak mahu meneruskan perkahwinan dan menyebabkan wanita itu kecewa teruk dan mengurung diri di dalam bilik dan akhirnya membunuh diri.

megan-te-boekhorst-3sn9MUlx2ZE-unsplash (1)

Sejak dari peristiwa itu, penampakan seorang wanita memakai baju pengantin mundar mandir di tingkat 14 selalu diceritakan pengunjung dan staf hotel tersebut. Bukan itu jerr, sesiapa yang ternampak ‘wanita itu’, dia akan bertanya ‘pukul berapa sekarang?’ sebelum berlalu pergi. Seram!

5. Hotel Burchianti, Itali

Hotel-Burchianti-Florence-Italy (1)

Kalau hotel tadi selalu ternampak kelibat wanita dengan pakaian pengantin, di hotel Burchianti, Itali ini korang mungkin akan terjumpa nenek yang duduk di kerusi lobi sambil mengait.

 

Ada juga yang akan mendengar ‘pekerja’ mengemas bilik pada awal pagi. ‘Pekerja’ manalah yang rajin sangat mengemas awal pagi!

4. Hotel Fairmont Banff Springs, Alberta

Fairmont-Banff-Springs-Alberta-Canada (1)

Kalau tengok senibina hotel yang cantik dan memukau ini, tak sangka hotel ini sebenarnya ‘keras’. Hotel yang dibina pada tahun 1888 ini dikhabarkan memang banyak ‘penghuni lain’ yang menetap di sana.

 

Termasuklah kisah bekas pelayan hotel yang bekerja sehingga tahun 1975. Roh bekas pekerja hotel yang dikenali sebagai Sam itu dikatakan kembali dan membantu beberapa pengunjung mengangkat beg mereka sebelum hilang. 

 

Hotel ini juga terkenal dengan kehilangan bilik 873 yang dikatakan dihapuskan kerana sebab tertentu.

3. Hotel Cecil, Amerika Syarikat

Kejadian kehilangan misteri yang berlaku di hotel ini pernah menjadi kisah yang sohor suatu ketika dahulu iaitu misteri kehilangan seorang gadis bernama Elisa Lam. 

 

Apa yang pelik, beberapa jam sebelum hilang, rakaman kamera litar tertutup di sebuah lif dalam hotel itu menunjukkan Elisa seperti sedang bersembunyi daripada sesuatu. Keadaan dia ketika itu seolah-olah ada orang yang sedang mengekorinya dan dia kelihatan sangat ketakutan. Elisa disahkan hilang selepas keluar dari lif tersebut.

Selepas kehilangan Elisa, penghuni hotel mula mengadu tentang air yang tiba-tiba bertukar warna dan berbau busuk. Ketika pihak hotel memeriksa tangki, saat itulah mayat Elisa ditemui dalam keadaan mereput.

 

Lebih tambah misteri, penutup tangki di hotel itu sangat berat dan begitu mustahil bagi kudrat seorang wanita untuk boleh mengangkatnya. Kes ini kekal misteri dan tiada jawapan sehingga hari ini.

2. Bedugul Taman Rekreasi Hotel, Bali, Indonesia

Sebuah hotel tua bernuansa khas Bali ini pada awalnya merupakan hotel mewah namun akhirnya menjadi hotel terbiar, tak terurus dengan pelbagai kisah mistik diceritakan.

bali 2 (1)

Penduduk setempat percaya, kejadian mistik di hotel seram itu berpunca oleh kematian seorang pekerja yang meninggal dunia dipercayai kerja berlebihan. Rohnya dikatakan tidak tenang dan menjadi penunggu di hotel tersebut.

 

Di sisi lain, ada juga yang bercerita bahawa penunggu hotel itu merupakan seorang perempuan cantik dan sering muncul ketika ada pemuda yang lalu di kawasan sekitar itu pada malam hari.

1. Nakagusuku Hotel, Jepun

Hotel yang disumpah? Ceritanya, pembinaan Hotel Nakagusuku ini mendapat tentangan oleh sami yang juga penduduk di kawasan tersebut.

 

Katanya hotel itu dibina di atas perkuburan dan tempat suci daerah itu. Pembinaan itu juga dianggap sebagai penghinaan kepada mereka yang dikuburkan di situ.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ほしの (@h0sh1n056)

Namun, amaran itu diabaikan dan pembinaan tetap diteruskan. Ketika proses pembinaan, macam-macam masalah timbul sehingga beberapa orang pekerja terkorban.

 

Ada juga diceritakan, pemilik asal hotel tersebut pernah menetap di sana sebelum hotel itu siap sepenuhnya konon untuk membuktikan bahawa gangguan yang terjadi cuma karut dan tidak benar. Esoknya, pemilik itu menjadi gila, bercakap dan ketawa sendiri!

 

Sehingga hari ini, hotel itu dikenali sebagai kawasan hotel paling berhantu di Jepun.

 

Maduners pernah tak alami situasi seram macam ini?

Post a Comment