Hidap Kencing Manis Ketika Hamil! Kawal & Amalkan 6 Tips Ini! – Manis Madu
Hidap Kencing Manis Ketika Hamil

Hidap Kencing Manis Ketika Hamil! Kawal & Amalkan 6 Tips Ini!

Maduners jangan terkejut kalau sebelum ini tak hidapi kencing manis atau diabetes tapi bila sedang hamil, tiba-tiba paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang hamil normal.

 

Kencing manis dikenali sebagai diabetes mellitus tapi ada istilah yang lebih tepat jika Maduners menghidapi penyakit ini ketika hamil iaitu Gestational Diabetes Mellitus (GDM) yang mana penyakit ini biasanya dikesan selepas minggu ke 24 kehamilan dan berlaku kepada 1-14% peratus wanita hamil setiap tahun.

 

Jadi bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari merawat, Madu nak kongsi 4 tip yang Maduners boleh amalkan sewaktu awal kehamilan, lebih baik terus amalkan tips ini dari usia muda juga!

#1 Senaman Yang Sederhana

Senaman Yang Sederhana

Jangan terkejut apabila Madu cakap yang wanita sedang hamil pun kena bersenam juga. Ramai wanita yang sedang hamil selalunya fokus pada mengamalkan pemakanan yang seimbang tetapi tidak sedar yang senaman secara sederhana juga penting.

 

Senaman pula jangan yang terlalu berat pula sehingga akan menjejaskan kesihatan anda, secara sederhana sudah memadai seperti berjalan kaki selama 30 hingga 45 minit sehari.

#2 Kawal Selera Makan

Kawal Selera Makan

Madu tahu, waktu hamil atau mengandunglah akan craving macam-macam, ayam percik, pulut mangga dan banyak lagi, sampai ada yang pelik-pelik kempunan makanan.

 

Tips mudah dari Madu ialah makan dalam kuantiti kecil tapi kerap, kekalkan waktu makan seperti biasa iaitu makan pagi, tengahari dan malam tapi ambil snek antara waktu makan utama. Antara masa sarapan dan makan tengah hari ambil snek pagi. Di antara makan tengah hari dan makan malam pula ambil snek petang.

#3 Elak Alkohol & Merokok

Rasanya perkara ini memang patut dielakkan tak kiralah Maduners yang sedang mengandung menghidapi GDM ataupun tidak. Anda tidak disarankan mengambil alkohol sepanjang tempoh kehamilan kerana ia mungkin dapat menjejaskan kandungan.

 

Merokok itu sudah bahaya untuk kandungan, tapi jangan lupa juga, terdedah sebagai perokok pasif pun sama saja bahaya dia. Nasihatkan orang sekeliling untuk tidak merokok sewaktu anda ada bersama mereka ataupun elak terus individu yang merokok.

#4 Mencegah Lebih Baik Dari Merawat

Harvist-red-palm-oil-mini-collection-02

Ikut pepatah mencegah lebih baik dari merawat, senang! Dari sebelum kita hamil atau mengandung kita elakkan daripada risiko diabetes!

 

Jadi kalau boleh Maduners harus bertindak dengan menjaga diri sejak awal usia lagi dan antara bahan yang boleh membantu kurangkan risiko diabetes adalah minyak sawit merah.

 

Mengikut kajian Dr. Khalid Abdul Kadir dari Monash University, Vitamin E dalam minyak sawit merah boleh kurangkan kecederaan terhadap mereka yang ada diabetes.

 

Dah terbukti yang minyak sawit merah bagus untuk merawat diabetes dan antara produk minyak sawit merah yang terbaik di pasaran sekarang adalah daripada Harvist!

Harvist-red-palm-oil-mini-collection-01

Kalau cerita pasal kebaikan minyak sawit merah Harvist, sampai esok tak habis! Kaya dengan Vitamin A dan E, memang bagus untuk mereka yang nak kurangkan risiko diabetes, turunkan tahap kolesterol, melambatkan proses penyakit jantung, meningkatkan kesihatan otak yang baik untuk daya ingatan dan fokus serta meningkatkan kesihatan kulit dan rambut.

RP750G - Nutrition fact

Yang lagi best, Maduners memang tak akan bosan guna minyak merah sawit daripada Harvist sebab mereka ada banyak variasi daripada minyak sawit merah biasa, ada juga yang infuse dengan cili dan juga bawang putih! Taklah bosan bila nak masak nanti sebab ada beberapa pilihan!

Harvist-Garlic-Infused-Extra-Red-Palm-Oil
Harvist-Chili-Infused-Extra-Red-Palm-Oil

Ada lagi satu variasi minyak sawit merah dari Harvist iaitu Premium Extra Red Palm Fruit Oil yang mana variasi ini korang boleh ambil 2 sudu teh sehari sebagai supplement.

Premium-Extra-Red-Palm-Fruit-Oil_Info-768

Mudah jerr nak beli produk Harvist, Maduners boleh beli di Jaya Grocer, KK Mart dan 7-Eleven. Online pun boleh Maduners dapatkan di Shopee  Harvist_official shopee.

 

Untuk maklumat lanjut, Maduners boleh klik pautan dekat bawah!

 

Website: www.harvist.com.my
Shopee: https://shopee.com.my/harvist_official
Instagram: https://www.instagram.com/harvist_official/
Facebook: https://www.facebook.com/harvistredpalmoil

 

Tunggu apa lagi, nak sihat kenalah jaga kesihatan, rasanya Maduners dah boleh tukar minyak masak biasa dan guna minyak sawit merah dari Harvist yang memang banyak kebaikan!

Post a Comment