Hilangkan Stress Bekerja, Gelagat Sekumpulan Lelaki Ini Hiburkan Warganet – Manis Madu
Hilangkan Stress Bekerja, Gelagat Sekumpulan Lelaki Ini Hiburkan Warganet

Hilangkan Stress Bekerja, Gelagat Sekumpulan Lelaki Ini Hiburkan Warganet

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Madu rasa, peribahasa itu sangat sesuai untuk menggambarkan situasi yang berlaku ke atas pekerja barisan hadapan di negara kita.

 

Setiap hari mereka dibebani dengan beban tugas yang makin bertambah dan tidak dinafikan ramai antara mereka sudah ‘burnout’.

wanita burnout

Bukan sahaja dalam kalangan petugas kesihatan, polis dan tentera, petugas barisan hadapan yang lain seperti penghantar makanan, penghantar barang (kurier) serta lain-lain juga menghadapi nasib yang sama.

 

Maka, mencari hiburan seperti menyanyi, menari sesama mereka sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi mereka.

 

Satu hantaran di akaun TikTok @tb.rano.k.skom menunjukkan sekumpulan lelaki sedang bergilir-gilir berjoget dengan pelbagai gaya.

Gelagat kumpulan lelaki yang dipercayai pekerja sebuah syarikat kurier dirakam melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebelum dimuat naik di TikTok.

 

Dalam video berkenaan juga dapat didengar hilai tawa yang terhibur dengan aksi lelaki-lelaki berkenaan dan ternyata rata-rata komen warganet juga merasakan perkara yang sama.

 

Buat Maduners, jika mengalami tanda-tanda ‘burnout’ atau rasa terlalu tertekan dengan apa yang dihadapi cuba cari sebarang hiburan yang boleh kurangkan tekanan.

 

Mungkin dengan cara berborak sesama rakan, menonton filem bersama mereka secara online, bermain permainan video, atau apa-apa aktiviti yang boleh naikkan kembali semangat korang. Kita boleh lakukan!

Post a Comment