“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung
Antara produk yang mudah dijual adalah produk berkaitan wanita! Tak kisah lah sama ada produk kecantikan, kesihatan, pakaian, tudung, aksesori atau produk ‘kewanitaan’, pasti berpotensi laku keras.
Rata-rata peniaga akan menggunakan taktik pemasaran yang serupa iaitu dengan menyentuh ‘insecurities’ golongan wanita supaya menggesa pelanggan membeli produk mereka.
“Kalau bawah longgar, nanti suami cari lain”
“Ketiak hitam nanti suami lari, tak takut ke?”
“Miss V jangan sampai berbau, takut suami ‘makan luar’”
Demikian antara contoh ayat ‘perangkap’ yang selalu digunakan peniaga untuk melariskan produk jualan mereka.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok turut dilihat membuat taktik pemasaran yang sama dengan mereka-reka cerita bahawa ibu bersalin perlu memastikan bahagian celah kangkang mereka putih.
Kononnya, jika bahagian itu gelap, doktor atau jururawat yang menyambut kelahiran bayi mungkin menegur kekurangan itu dan mengundang rasa malu.
@umminadiaaaIbu yg bakal bersalin please take noted☺️🙏♬ original sound – Cikwawashazwa💎
Seperti yang disangka, pada penghujung video, pengguna TikTok berkenaan menyelitkan produk pemutih yang dijual dan seakan-akan memberi solusi kepada wanita yang menghadapi masalah tersebut.
Tidak lama selepas itu, seorang doktor dikenali sebagai Doktor Amirah Azlan segera membuat penjelasan mengenai perkara tersebut. Pakar perubatan ini berkata, adalah normal jika bahagian-bahagian tertentu pada badan wanita menjadi sedikit gelap ketika hamil kerana hasil tindak balas hormon estrogen.
@kebebasandalamhidupku #stitch with @Ummi Nadia Kesan estrogen. #doctortiktok #clinicdrama ♬ original sound – Amirah Azlan
“Estrogen ni memang akan menyebabkan ‘darken skin’. Kulit akan sedikit gelap daripada biasa. Dia akan tambah sikit melanin awak, memang estrogen kerja dia macam tu,” ujar Dr Amirah.
Tambah beliau lagi, kulit yang sedikit gelap itu adalah perkara biasa dialami ibu mengandung namun apa yang luar biasanya adalah jika di bahagian bawah bertukar putih akibat penggunaan produk.
“Yang di luar kebiasaan itu adalah orang yang terlalu obses nak putihkan kat bawah tu. Bila kita tengok kat bawah ni putih semacam ja, confirm satgi kita jahit jadi macam tauhu. Jahit, hancur. Jahit, hancur sebab terlalu lembut. Itulah kejadiannya,” ujarnya.
Kebanyakan warganet membanjiri ruangan hantaran itu dengan ucapan terima kasih atas penjelasan Dr Amirah dan meluahkan rasa beruntung kerana terdapat ahli perubatan yang bertanggungjawab menjelaskan perkara seperti ini untuk kesedaran masyarakat.