Hong Soo Hyun, Aktres The Princess Rahsiakan Perkahwinan Dengan Pasangan Bukan Selebriti Bulan Ini – Manis Madu
Hong Soo Hyun Rahsiakan Perkahwinan Dengan Pasangan Bukan Selebriti Bulan Ini

Hong Soo Hyun, Aktres The Princess Rahsiakan Perkahwinan Dengan Pasangan Bukan Selebriti Bulan Ini

Mendiamkan diri seketika, tiba-tiba kembali dengan membuat pengumuman bahawa beliau akan berkahwin dengan pasangannya yang bukan datang dari kalangan selebriti Mei ini.

 

Menurut Allkpop, berita mengujakan itu juga telah dikongsi oleh agensi FN Entertaiment yang mengatakan bahawa segala maklumat mengenai majlis itu perlu dirahsiakan atas dasar peribadi.

 

“Memang benar Hong Soo Hyun bakal berkahwin dengan teman lelakinya yang sama usia dengannya sekitar pertengahan Mei.

 

“Bagaimanapun, ia merupakan isu peribadi dan segala maklumat mengenai perkahwinan itu akan dirahsiakan. Disebabkan masih berdepan pandemik Covid-19, majlis itu akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja,” katanya.

 

Mengenai perkembangan karier seninya, Hong Soo Hyun bakal membintangi drama Police Lessons kelak.

Post a Comment