Hotel Cuai Letak Cecair Kimia Pada Bahagian ‘Welcoming Drinks’, Netizen Sokong Ambil Tindakan Undang-Undang! – Manis Madu
Hotel Cuai Letak Cecair Kimia Pada Bahagian ‘Welcoming Drinks’, Netizen Sokong Ambil Tindakan Undang-Undang!

Hotel Cuai Letak Cecair Kimia Pada Bahagian ‘Welcoming Drinks’, Netizen Sokong Ambil Tindakan Undang-Undang!

Tular di laman Twitter apabila seorang lelaki memuat naik satu ciapan meminta agar orang ramai mendoakan ibunya yang mengalami kecederaan akibat kecuaian ketika menginap di sebuah hotel di Turki.

 

Difahamkan, ibunya terminum cecair kimia pewangi tandas yang diletakkan dalam botol mineral dan turut diletakkan pada bahagian ‘Welcoming Drinks’.

 

Kesan daripada itu, bibir ibu lelaki berkenaan membengkak dan pedih di seluruh kawasan mulut.

Meskipun hotel berkenaan sudah membayar kos rawatan ibunya secara keseluruhan namun, mereka sekeluarga bertindak melantik peguam untuk meminta bayaran ganti rugi atas ‘kerosakan’ yang berpunca daripada pihak hotel.

 

“Rugi masa, duit, hotel dah booked, emotional damage lagi. Haih,” tulisnya dalam ciapan itu.

 

Lelaki itu berkata, ibunya bernasib baik kerana tidak menelan cecair berkenaan namun begitu, impaknya masih besar sehingga ibunya merasa takut untuk minum air gara-gara kejadian itu.

 

Melihat di ruangan komen, rata-rata bersetuju dan menyokong tindakan lelaki itu untuk meminta ganti rugi daripada pihak hotel.

 

Selain itu, ramai yang mendoakan semoga ibu kepada lelaki berkenaan cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan.

 

“Semoga cepat sihat. Harap mereka segera ambil tindakan atas kecuaian pihak hotel,” 

 

“Tolong ambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Semoga mak awak cepat sembuh,”

 

“Inilah kepentingan chemical labelling. Janganlah suka-suka letak chemical dalam botol lain terutamanya botol air mineral. Lagi-lagi kat rumah yang ada anak kecil,” 

 

Ngeri! Bayangkan tengah haus, capai air mineral tiba-tiba mulut rasa panas dah bengkak sebab terminum cecair kimia. Memang boleh fobia!

Post a Comment