‘Husband Stitch’ Memang Ngeri! Derita Hanya Wanita Yang Tahu – Manis Madu
‘Husband Stitch’ Memang Ngeri! Derita Hanya Wanita Yang Tahu

‘Husband Stitch’ Memang Ngeri! Derita Hanya Wanita Yang Tahu

Maduners pernah tak dengar istilah husband stitch? Kalau kita translate secara direct, husband stitch membawa maksud ‘jahitan suami’. Rasa-rasanya, apa definisi husband stitch yang sebenarnya?

 

Husband stitch merupakan jahitan ‘extra’ yang diterima oleh wanita setelah melalui proses bersalin dan menyebabkan koyak pada bahagian vagina.

 

Setiap wanita yang melalui proses bersalin mesti tidak akan lari daripada mendapatkan jahitan, tetapi bagi husband stitch, ia adalah jahitan yang melampau daripada apa yang diperlukan untuk memperbaiki koyak asal. Alasan utama adalah untuk ‘mengetatkan’ kembali keadaan Miss V seperti sebelum melahirkan bayi.

freestocks-ux53SGpRAHU-unsplash (1)

Namun, praktik ini sebenarnya sudah dilarang atau tidak dipersetujui kerana dianggap mampu mempengaruhi keadaan fizikal mahupun mental si ibu.

 

Menurut laporan daripada Medical News Today, praktik husband stitch ini sudah bermula sejak pertengahan 1950-an lagi. Doktor akan mengetatkan vagina dengan menambah jahitan pada wanita yang mengalami koyak kononnya dengan tujuan meningkatkan kesejahteraan wanita.

 

Katanya, jika jahitan ‘extra’ diberikan, ia mampu mengembalikan ukuran dan bentuk vagina asal, baik untuk meningkatkan orgasm ketika melakukan hubungan intim tidak lupa juga untuk meningkatkan kenikmatan suaminya saat berhubungan.

carly-rae-hobbins-zNHOIzjJiyA-unsplash (1)

Alasan utama kenapa husband stitch kini dilarang adalah kerana terdapat laporan mengatakan bahawa beberapa orang wanita telah menerima jahitan ini tanpa persetujuan mereka terlebih dahulu.

 

Menurut World Health Organization (WHO), doktor perlu meminta persetujuan wanita yang akan melahirkan sebelum melakukan sebarang prosedur terhadap si ibu.

 

Alasan lainnya, husband stitch sebenarnya boleh menjadikan hubungan intim lebih menyakitkan untuk kedua pasangan. Antara komplikasi lain kesan daripada husband stitch adalah:

 

  • Meningkatkan rasa sakit di kawasan vagina
  • Pendarahan boleh berlaku secara berterusan
  • Kebocoran air kencing atau najis
  • Tanda-tanda terkena jangkitan seperti bernanah, bau busuk atau bengkak di bekas koyakan
  • Mengalami kesakitan semasa melakukan seks
  • Pembentukan tisu parut
  • Prolaps rahim
  • Trauma emosi lebih-lebih lagi kepada para ibu yang tidak tahu menahu menerima jahitan ini

 

Ngeri kan kesan daripada husband stitch ini! Pada hakikatnya, tujuan utama ‘memperbaiki’ vagina bukanlah untuk kembali mengetatkan Miss V tetapi untuk menyatukan kembali kulit atas tujuan proses penyembuhan tubuh badan.

Post a Comment