Ibu Bapa Bengang Pelajar Lelaki Perlu Pakai Skirt Ke Sekolah! – Manis Madu
Ibu Bapa Bengang Pelajar Lelaki Perlu Pakai Skirt Ke Sekolah!

Ibu Bapa Bengang Pelajar Lelaki Perlu Pakai Skirt Ke Sekolah!

Pelajar lelaki kena pakai skirt ke sekolah? Wadehek!

 

Begitulah agaknya kira-kira respon segelintir ibu bapa apabila sebuah sekolah di England menetapkan supaya para pelajar lelaki dilarang berseluar pendek ketika cuaca panas sebaliknya boleh memakai skirt ke sekolah.

 

Akhbar The Sun melaporkan, terdapat sebilangan ibu bapa yang menyelar peraturan baru yang ditetapkan itu sebaliknya meminta sekolah Akademi Tinggi Wymondham di Norfolk memperkenalkan pakaian seragam khas untuk musim panas.

 

Difahamkan peraturan itu dilaksanakan atas cubaan membenarkan pelajar lelaki memakai skirt dengan alasan ‘kod berpakaian neutral jantina’ sebagai ‘tidak siuman dan satu diskriminasi’. 

 

“Semua pelajar sama ada lelaki atau perempuan diberi pilihan memakai sama ada skirt kelabu atau seluar sekolah berwarna kelabu (seluar panjang). 

 

“Untuk lebih jelas, penetapan kod berpakaian neutral jantina ini adalah bagi memastikan pilihan pakaian adalah adil tanpa mengira jantina,” kata pengetua, Jonathan Rockey di laman web sekolah berkenaan.

 

Bagaimanapun, peraturan baharu itu mendapat tentangan ibu bapa pelajar.

 

“Menawarkan skirt sebagai pilihan bukanlah neutral jantina. Skirt adalah pakaian yang dikaitkan dengan kanak-kanak perempuan. 

 

“Arus kemodenan menyatakan bahawa tidak mengapa bagi seseorang lelaki memakai skirt, namun ramai kanak-kanak lelaki, malah perempuan juga berasa lebih selesa dan mahu memakai seluar pendek,” kata seorang bapa.

 

Bagaimanapun, Rockey berkata bahawa pihak sekolah tidak menolak untuk mengemas kini polisi tersebut.

Post a Comment