“Ibu Bapa Jangan Angkuh!” Doktor Pakar Tempelak Individu Bangkang Nasihat Penggunaan ‘Walker’ – Manis Madu
“Ibu Bapa Jangan Angkuh!” Doktor Pakar Tempelak Individu Bangkang Nasihat Penggunaan ‘Walker’

“Ibu Bapa Jangan Angkuh!” Doktor Pakar Tempelak Individu Bangkang Nasihat Penggunaan ‘Walker’

Perbincangan atau perdebatan antara golongan doktor dan warganet atau pengasas produk sering juga terjadi di platform TikTok. Boleh dikatakan banyak juga isu yang timbul dan menjadi perdebatan antara mereka.

 

Baru-baru ini kecoh sekali lagi di laman TikTok apabila isu mengenai penggunaan ‘baby walker’ mendapat kritikan dan amaran keras daripada seorang doktor dikenali sebagai Dr Irma.

 

Menurut doktor berkenaan, ibu bapa tidak sepatutnya menggunakan baby walker buat anak-anak mereka kerana penggunaan alat itu membahayakan!

 

Setelah mendapat maklum balas yang pelbagai di ruangan komen, Dr Irma bertindak menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai bahaya penggunaan baby walker.

@drirmaizzati Be a responsible parents! Orang bagi fakta yang melibatkan keselamatan anak2 bukan untuk di argue berdasarkan pemikiran dan pengalaman ya! Faham kan dan rajinkan membaca dan belajar ! Pilih yang selamat baru boleh cakap pasal pemantauan rapi ! Rujuk playlist kanak kanak hadam kan semua vtt tu. Jadi ibubapa yang bijak. #tiktokdoc #doktortiktok #learnontiktok #tiktokguru ♬ original sound – dr irma

Walker bahaya! Boleh sebabkan kematian! Accident boleh berlaku in seconds walaupun dengan ‘pemantauan yang rapi’. Pantau wajib, pilih yang selamat lagi wajib. Sayang anak? Pilih persekitaran yang selamat untuk mereka. Be responsible!” tulis Dr Irma dalam videonya.

 

Jelasnya lagi, hujah seperti ‘anak saya pun pakai, okay je’ ‘saya pun guna untuk baby saya, tak lambat berjalan pun’ tidak boleh diguna pakai kerana tidak mengubah fakta bahawa alat itu berbahaya.

 

Dr Irma juga memberitahu, negara seperti Canada sudah mengharamkan penggunaan walker kerana kes kecederaan yang berlaku setiap hari disebabkannya dan berharap Malaysia juga akan mengambil langkah yang sama satu hari nanti.

 

Beliau turut memberi cadangan untuk menggantikan walker dengan alat lain seperti playpen atau pagar untuk kemudahan ibu-ibu yang sibuk mengerjakan kerja rumah.

 

You boleh pilih yang lebih selamat. Contohnya you buat macam pagar ataupun pilih playpen. Playpen dia boleh jadi playing court, dia boleh jadi baby cot. 2 in 1. Boleh guna sampai anak dah besar. Selamat kan? Letak la kat dapur, you boleh tengok anak tu kat situ sahaja, takde pergi mana-mana,” 

 

Dr Irma juga menyentuh mengenai baby walker yang dikatakan boleh mempercepat proses bayi berjalan.

 

“Yang cakap walker cepatkan berjalan, korang belajar kat mana sayang? Budak yang berjalan tanpa walker adalah lebih kuat sebab dia gunakan semua muscle dekat badan dia. Hip muscle, otot badan, otot tangan, otot otak sekali! Balance, coordination. Read! Read!” ujar doktor wanita itu.

Dalam pada itu, terdapat seorang wanita yang dikenali sebagai @ummunuur turut berkongsi pengalaman peribadi yang terjadi pada anaknya dahulu akibat penggunaan walker.

@ummunuur #stitch with @dr irma tq doc kongsi info n educate the public… This is my personal experience n opinions.Mungkin ianya tak pernah terjadi kepada anda jadi anda sukar ambil iktibar. Tapi takkan nak tunggu benda jadi dulu? #babywalker #parenting #parentingtips #babyincidents #mnm #muhammadnuurmustaqeem ♬ original sound – Ummu Nuur

Ummu menjelaskan, penggunaan walker pada anaknya ketika itu dibawah pantauan rapi namun kemalangan boleh berlaku dalam sekelip mata!

 

Hangat betul isu walker ini ya. Pendapat Anis, lebih baik ikut saranan yang pakar dalam sesuatu isu kerana mereka lebih arif. Kena ingat juga, jangan tunggu ‘kecelakaan’ terjadi baru kita nak mula take note tentang perkara ini!

Post a Comment