Ibu Jual Serunding Bunga Kantan, Tampung Kos Rawatan Anak Ketumbuhan Di Kepala! – Manis Madu
Ibu Jual Serunding Bunga Kantan Tampung Kos Rawatan Anak Ketumbuhan Di Kepala!

Ibu Jual Serunding Bunga Kantan, Tampung Kos Rawatan Anak Ketumbuhan Di Kepala!

Kisah ibu tiada bandingnya, sekali lagi perkara ini terbukti apabila muncul berita seorang ibu yang mengerah tenaga dan masa dengan menjual produk serunding bunga kantan sejak bulan lepas bagi menampung kos pembedahan anaknya.

 

Zety Norazieda Ismail, 35 menjual produk tersebut bagi mengumpul wang sebanyak RM10,000 untuk membawa anaknya yang ketiga iaitu Nurul Sufi Imani Jamadi yang berusia 5 tahun ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk melakukan pembedahan.

 

“Pihak hospital meminta kami menyediakan wang RM10,000 untuk kos pembedahan itu.

 

“Suami saya hanya bekerja kampung dan sebagai inisiatif untuk mencari dana tersebut, saya sendiri menjual produk serunding bunga kantan sejak sebulan lalu,” katanya ketika ditemubual oleh Kosmo!

 

Menurutnya, dia bersyukur apabila menerima sambutan baik terhadap jualan serunding bunga kantannya.

 

Produk itu dijual pada harga RM10 bagi peket 100 gram, manakala RM16 untuk satu balang 150 gram.

 

Zety Norazieda memberitahu, anak ketiganya itu pada usia empat bulan lagi telah menghidap sawan sebelum disahkan mempunyai masalah anuerisma otak pada September tahun lalu.

 

Mereka yang ingin membantu meringankan beban dengan menghulurkan bantuan boleh hubungi Zety Norazieda di talian 019-5247646 atau sumbangan terus melalui akaun bank.

 

Public Bank

6486-9868-29

Zety Norazieda

Post a Comment