Ibu Muda Di Usia 23 Tahun Miliki 20 Orang Anak! – Manis Madu
Ibu Muda Kristina Ozturk Di Usia 23 Tahun Miliki 20 Orang Anak

Ibu Muda Di Usia 23 Tahun Miliki 20 Orang Anak!

Seorang ibu muda berumur 23 tahun di Georgia memiliki 20 anak melalui kaedah ibu tumpang dan tidak menolak untuk menambah bilangan zuriat pada masa hadapan, lapor akhbar Mirror UK.

Kristina Ozturk yang mengahwini jutawan, Galip Ozturk, 57, membelanjakan wang £138,000 (RM806, 657) setahun untuk prosedur mendapatkan bayi-bayi tersebut.

 

Mereka juga memperuntukkan £67,700 (RM395, 797) setahun untuk menjaga kesemua bayi tersebut termasuk kos mengupah 16 pengasuh.

 

“Kami membelanjakan sekitar £3,500 hingga £4,200 (RM20, 462 hingga RM24, 552) seminggu untuk keperluan bayi-bayi ini.

 

“Saya tidak berhasrat untuk melakukan lagi kaedah ibu tumpang, sebaliknya ingin hamil secara semula jadi.

 

“Bagaimanapun, rancangan tersebut bukan dalam masa terdekat kerana saya ingin membina hubungan yang mesra dengan semua bayi ini dahulu,” ujarnya.

Kristina dan Galip sebelum ini mempunyai seorang anak berusia enam tahun. Kesemua bayi yang diperoleh melalui kaedah ibu tumpang itu kini berusia dalam lingkungan empat bulan hingga 14 bulan.

 

Kristina yang berasal dari Rusia, berkenalan dengan Galip yang merupakan pengasas syarikat Metro Holding dari Turki ketika bercuti di Georgia.

Post a Comment