Ibu Trauma & Tak Mahu Masak Lagi Selepas Tertumpahkan Sup Panas, Anak Melecur Tahap 2! – Manis Madu
Ibu Trauma Selepas Tertumpahkan Sup Panas, Anak Melecur Tahap 2

Ibu Trauma & Tak Mahu Masak Lagi Selepas Tertumpahkan Sup Panas, Anak Melecur Tahap 2!

Malang tidak berbau! Peribahasa ini sangat sesuai dengan situasi yang melanda Puan Fatinlyana Badrul apabila hidangan sup yang siap dimasak tertumpah ke atas badan anaknya!

 

Kejadian ini berlaku dia sedang sibuk mengajar anak-anak lain PdPR manakala suaminya sedang mandi. Tanpa sedar, si manja bernama adik Haqq telah tertarik tudung saji yang menyebabkan sup tersebut tumpah ke atas badannya.

 

Perkongsian tersebut dimuat naik di sebuah group di laman Facebook dan menjelaskan posting tersebut dibuat untuk memohon orang ramai mendoakan kesembuhan dan kesihatan anaknya.

adik Haqq 01

Melalui posting itu juga, Fatin berkata, dia trauma untuk memasak dan menyalahkan diri sendiri kerana bersikap cuai.

adik Haqq 02

Sumber Gambar: Facebook.com

Disebabkan insiden tersebut, adik Haqq disahkan mengalami lecur tahap 2 serta alahan di bahagian tubuh dan mukanya. Sekiranya dalam tempoh dua minggu masih belum pulih, maka adik Haqq terpaksa menjalani pembedahan.

Alahai, kesiannya si manja! Madu doakan semoga adik Haqq diberi kesembuhan dan sihat seperti sediakala.

Post a Comment