Ikan Haruan Tak Bagus Untuk Ibu Berpantang? Pakar Bius Dedah Apa Sebabnya! – Manis Madu
Ikan Haruan Tak Bagus Untuk Ibu Berpantang? Pakar Bius Dedah Apa Sebabnya!

Ikan Haruan Tak Bagus Untuk Ibu Berpantang? Pakar Bius Dedah Apa Sebabnya!

Wanita yang melalui pengalaman melahirkan anak secara pembedahan atau caesarean (czer) pasti akan lebih mementingkan penjagaan diri termasuk aspek pemakanan. Bahkan, sejak zaman nenek moyang kita dahulu lagi penjagaan diri selepas bersalin atau tempoh berpantang memang menjadi satu kewajipan bagi setiap wanita. 

 

Amalan pemakanan seperti memakan ikan haruan, gamat, meminum air rebusan daun dan lain-lain sebagai ‘hidangan penawar’ untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas pembedahan.

Namun, lain pula ceritanya bagi seorang bekas pakar bius dikenali sebagai Dr Aishah yang baru-baru ini membuat perkongsian mengenai perkara tersebut.

 

Menurutnya, beliau mengakui amalan tradisional seperti itu memang berkesan untuk menyembuhkan parut selepas bersalin secara czer namun sebenarnya amalan itu memberi kesan pada bahagian dalam perut. Perkara ini sekaligus akan menyukarkan tugas doktor ketika para ibu melahirkan anak berikutnya. 

 

Tambahnya lagi, kaedah itu bukan perkara yang dilarang tetapi para ibu disarankan untuk menunggu lebih kurang 6 minggu atau 2 bulan sebelum menjamah makanan berkenaan dan membiarkan kesan pembedahan di bahagian dalam perut sembuh dengan sendirinya.

 

“Memang dia bagus, tapi kalau sembuh terlalu cepat akan jadi masalah,” ujar Dr Aishah.

 

Dalam pada itu, pakar berkenaan juga tidak menafikan kebaikan amalan memakan ikan haruan untuk menyembuhkan kesan bersalin dengan cepat. Apa yang menjadi isu, amalan berkenaan sebenarnya akan membentuk parut pada bahagian dalam perut dan organ lain berisiko ‘rosak’ ketika operation czer seterusnya.

Dr Aishah juga berkata, nasihat berkenaan bukanlah untuk memudahkan kerja para doktor semata-mata namun, teguran itu hanya untuk menjamin keselamatan setiap wanita.

Post a Comment