Ikan Siakap Mahal? Ini Dia Senarai Makanan Harga Kayangan Lain Di Malaysia!
Awal bulan lalu, Malaysia digemparkan dengan isu hidangan ikan siakap dengan harga yang dikatakan tidak masuk akal.
Namun, Maduners tahu tak terdapat beberapa jenis makanan di Malaysia yang jauh lebih mahal dari harga ikan tersebut?
Jom kita tengok senarai makanan ‘harga kayangan’ di Malaysia. Siap orang berebut nak dapatkannya!
Mangga Harumanis Perlis
Sebut jerr negeri Perlis, mesti dikaitkan dengan Mangga Harumanis! Harga buah Mangga Harumais yang famous di serata Malaysia ini boleh mencecah hingga RM40 sekilogram! Memang sentiasa dinanti peminatnya sekitar awal bulan April hingga Jun setiap tahun.
Untuk info, Mangga Harumanis telah didaftarkan sebagai harta intelek Negeri Perlis. Penjagaan buah ini sangat rapi, siap dikawal selia oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis bagi menjaga kualiti buah.
Durian Black Thorn
Kalau bercerita tentang durian, antara yang terkenal adalah Durian Musang King, Durian Raja Kunyit dan Durian Udang Merah. Namun, ada jenis durian lain yang telah direkodkan lebih popular dari Musang King pada tahun 2015 iaitu Durian Black Thorn!
Durian spesis ini berasal dari Pulau Pinang dan jumlah yang dituai sangatlah terhad. Difahamkan, durian ini memiliki isi yang jauh lebih lemak manis dan berkrim berbanding durian lain.
Untuk pengetahuan Maduners, harga Durian Black Thorn tidak terjejas meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebaliknya, ia terus naik dan harga semasa direkodkan sebanyak RM 86 sekilogram.
Ikan Patin Muncung Sungai Pahang
Antara tempat terbaik untuk menikmati ikan patin adalah di Temerloh, Pahang! Ada juga yang sanggup ke negeri tersebut semata-mata untuk menikmati hidangan ikan patin masak tempoyak.
Meskipun terdapat pelbagai variasi ikan patin boleh didapati, tiada yang boleh mengalahkan harga ikan patin muncung di Sungai Pahang. Dah macam harga emas, harga sekilogram buat spesis terancam ini boleh mencecah RM450!
Daging Wagyu
Madu rasa ramai tahu bahawa daging Wagyu merupakan antara makanan termewah bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia!
Daging Wagyu terkenal dengan tekstur marbling yang unik. Marbling adalah lapisan lemak di antara daging yang memberikan rasa lemak dan enak apabila dimasak kepada daging tersebut. Marbling juga membuatkan daging ini cair dimulut dan lembut apabila dimakan.
Harga gred daging wagyu paling tinggi iaitu A5 BMS 12 boleh mencecah RM25, 000 sekilogram!
Ikan Empurau
Ikan air tawar paling mahal di Malaysia bukan ikan siakap tetapi ikan Empurau yang berasal dari negeri Sarawak!
Oleh kerana ianya sukar untuk ditemui, nilai ikan ini telah mencecah ribuan ringgit. Malah, kaya dengan isinya yang halus dan bertekstur kenyal, ia juga turut dikenali di seluruh dunia.
Ikan Empurau memiliki rasa yang berlemak, manis, savoury dan sedikit masin seperti buah liar membezakannya daripada mana-mana jenis ikan. Pada tahun 2016, seekor ikan Empurau seberat 7.9kg telah berjaya dijual pada harga RM 7,900!
Ayam Cemani
Ayam yang berasal dari Pulau Jawa, Indonesia ini dikategorikan sebagai ayam yang rare kerana keseluruhan badan sampai ke kulit malah hingga ke tulang berwarna hitam!
Berasal dari Pulau Jawa, Indonesia, ayam ini merupakan ayam yang rare kerana keseluruhannya hitam sampai ke kulit dan tulang sekali. Seorang penternak di Florida juga merjaya menjual ayam ini dengan harga RM 22 ribu seekor, malah ada yang mengelarkannya sebagai Lamborghini dalam dunia ‘per-ayam-an’.
Ayam ini berwarna hitam kerana fibromelanosis, iaitu satu keadaan genetik yang menyebabkan hiperpigmentasi. Serba hitam, darah ayam ini juga lebih gelap berbanding ayam biasa.
Malah, ayam ini boleh didapati dalam sekitar harga RM17,000 hingga RM85,000 seekor. Tapi, ada juga yang menjualnya dalam lingkungan harga RM450 seekor.
Wah, dahsyat ya harga-harga makanan termahal di Malaysia ini! Memang kalah ikan siakap di Langkawi. Dengan harga seperti ini, mereka yang benar-benar mampu sahaja yang pernah merasainya.