Ikut Trend Musim Bunga, 3 Idea Manicure Kuku Yang Menarik! – Manis Madu
Manicure

Ikut Trend Musim Bunga, 3 Idea Manicure Kuku Yang Menarik!

Musim bunga kembali lagi, pastinya Maduners inginkan penampilan yang berbeza pada musim ini. 

 

Kalau nak bercakap tentang penampilan pakaian sudah terlalu common untuk diceritakan. Jadi, hari ini Miera akan kongsikan dengan Maduners antara gaya kuku dan warna yang menarik yang pastinya sesuai untuk musim bunga!

#Kuku Pendek

kuku pendek

Penjagaan kuku menjadi salah satu kegemaran untuk wanita kelihatan lebih cantik dan menarik. 

 

Kuku jenis pendek bukanlah sesuatu yang perlu dimalukan malah ia menjadi satu trend pada masa kini. Sebahagian besar model suka menggayakan kuku pendek dan mengenakan pelbagai warna yang menarik.

 

Pemilihan warna bagi musim bunga untuk kuku jenis pendek ini sesuai dikenakan dengan warna yang terang supaya kuku Maduners lebih menonjol dan menyerlah dari jauh.

#Kuku bujur

kuku bujur

Kuku bujur yang sedikit panjang ini juga merupakan pilihan klasik yang hebat buat para wanita.

 

Walaupun kuku bujur kelihatan sedikit lebih panjang, tetapi ia masih mengekalkan penampilan semula jadi yang sesuai untuk Maduners. Untuk pemilihan warna bagi kuku bujur pada musim ini, korang boleh menggayakan warna kuning ataupun oren senja.

 

Pemilihan warna tersebut pada musim ini memang sangat kena dan sesuai digayakan. Barulah ada feel spring.

#Kuku Ultra-Panjang

kuku ultra panjang

Kuku panjang dan tajam memberikan kontra yang cukup besar jika dibandingkan dengan kuku pendek, ia mungkin dilihat sedikit, berbahaya tetapi Maduners perlu berhati-hati jika memakainya. 

 

Kuku ultra panjang ini dilihat lebih dramatik dan lebih nampak feminine untuk digayakan pada musim bunga ini. Kuku jenis ultra panjang ini sememangnya sangat digemari dan menjadi pilihan wanita untuk memanjakan diri. 

 

Pemilihan warna kuku memainkan peranan yang penting dalam menggayakan kuku ultra panjang ini. Maduners boleh mengenakan warna nudes atau warna-warna lembut supaya ia dilihat lebih santai dan menawan.

Post a Comment