Impak PKP 2.0, Pasangan Pengantin Baru Redah Panas Jual Burger Demi Kelangsungan Hidup! – Manis Madu
Pasangan Pengantin Baru Redah Panas Jual Burger Demi Kelangsungan Hidup

Impak PKP 2.0, Pasangan Pengantin Baru Redah Panas Jual Burger Demi Kelangsungan Hidup!

Sekitar awal Februari lalu, kisah sepasang pasangan suami isteri yang terkesan akibat pandemik Covid-19 tular di laman Twitter.

Dalam ciapan yang dimuat naik oleh Assyikin atau nama penuhnya Nurul Assyikin Mohd Dzulkefly, dia meluahkan rasa sedih apabila melihat suaminya runsing memikirkan jualan kedai makan mereka semakin merosot.

 

Pengumuman tentang Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) yang diumumkan berlanjutan sehingga 18 Februari itu sememangnya memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil termasuk perniagaan mereka.

Shazuwan berkata, perniagaan yang diwarisi daripada kedua ibu bapanya itu mulai merosot akibat kekurangan pelanggan.

 

Dedah Shazuwan, sepanjang beroperasi bermula 3 petang hingga 10 malam, hanya sekitar lima orang pelanggan yang datang membeli di kedai mereka.

 

“Tak boleh nak gambarkan ketika itu, bayangkan buka kedai berjam-jam tapi pelanggan sikit je. Sejak PKP dikuatkuasakan 13 Januari lalu, memang slow sangat.”

 

“Selepas isteri saya post dekat Twitter minggu lalu, alhamdulillah boleh dikatakan keadaan bertambah okay. Walaupun slow tapi sedikit sebanyak ia lebih baik daripada sebelumnya.

Shazuwan

Sumber Gambar: Twitter.com

Shazuwan berkata, ini merupakan ujian kali kedua dilaluinya sejak kerajaan mengumukan PKP pada Mac tahun lalu tapi ujian kali ini dirasakan lebih mencabar memandangkan dia baru sahaja mendirikan rumah tangga dua bulan lalu.

 

“Selepas tamat degree tahun lalu, saya ambil alih kedai makan ini daripada ibu dan bapa. Tapi ngam-ngam saja saya ambil alih, terus PKP. Masa tu PKP pun lama hingga Jun. Memang slow sangat sales masa tu.

 

“Tapi kami suami isteri tak mahu duduk saja… kami jual burger naik motor sekitar Klebang dan Ipoh waktu tengah hari. Kami buat dalam 15 hingga 20 biji. Alhamdulillah, jaulan selalu habis…cuma ada juga tiga jam pusing baru habis.”

 

Shazuwan berkata, dia tidak menyangka ciapan isterinya akan tular di Twitter dan dia meluahkan rasa terharu dengan maklum balas positif daripada netizen yang sangat baik dan prihatin.

Post a Comment