Indahnya Bali! Tips Melancong Ke Bali
Loader

Indahnya Bali! Tips Melancong Ke Bali

Apabila kita memperkatakan percutian, Bali pasti tidak lari dari salah satu tempat percutian yang sering diperkatakan ataupun tempat yang selalu dikunjungi. Bagaimana dengan anda? Pernah tak anda bercuti ke Bali?

 

Bali merupakan salah satu wilayah yang terletak di Indonesia. Bali dikenali sebagai Pulau Dewata dan terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Lombok. Bali adalah salah satu destinasi yang selalu dikunjungi oleh pelancong dari seluruh dunia.

 

Tempat mana yang harus anda lawati jika anda ke Bali? Berikut merupakan beberapa tempat yang harus anda lawati jika anda ke Bali.

Pasar Ubud

Sumber Gambar: BaliGetAway

 

 

Dikenali sebagai Pasa Seni Ubud, terletak di Ubud dan bertentangan dengan Puri Saren Ubud. Pasa Seni Ubud dibuka setiap hari. Jika anda berminat ingin membeli barang-barang seni buatan Bali, ataupun ingin membeli buah tangan untuk keluarga dan kawan-kawan, Pasar Seni Ubud pasti tidak akan mengecewakan anda.

Kuil Uluwatu

Sumber Gambar: Balicheapesttours

 

Terletak lebih kurang satu jam dari Kuta, kuil ini pasti akan menjanjikan pemandangan dan suasana lain daripada yang lain. Jangan lupa untuk melihat persembahan Kecak kerana sudah tidak jauh dari Uluwatu Kecak & Fire Dance.

Kuta

Sumber Gambar: Bali-Indonesia

 

Kalau pergi Bali, tempat wajib yang harus dilawati adalah pantai Kuta. Daerah Kuta mempunyai banyak tempat yang menarik, seperti tempat  makan dan juga tempat untuk melepak sambil menikmati pemandagan yang indah.

Seminyak

Sumber Gambar: Bali-Indonesia

 

Jika ingin dibandingkan dengan Kuta, Seminyak adalah kawasan yang lebih santai. Jika anda ingin menikmati Spa Bali, cubalah cari di kawasan ini kerana terdapat banyak tempat yang menawarkan servis spa.

Canggu

Sumber Gambar: Saltinourhair

 

Merupakan tempat yang sangat terkenal dengan pantai-pantai yang sangat indah dan cantik. Kawasan ini terletak dalam 20 minit dari Seminyak dan sudah tidak jauh dari Tanah Lot. Jika anda seorang yang suka pantai, this place is a must!

Post a Comment