Individu Yang Tolak Vaksin Tak Boleh Ajar Agama! – Manis Madu
Individu Yang Tolak Vaksin Tak Boleh Ajar Agama

Individu Yang Tolak Vaksin Tak Boleh Ajar Agama!

Mufti negeri Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata keputusan itu dilakukan selepas Melaka beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

 

Syarat wajib divaksin itu ditetapkan dalam kalangan guru agama, guru takmir, pengkuliah, imam, bilal,  jawatankuasa masjid dan guru sekolah agama dibawah Jawatan Agama Islam Melaka (JAIM).

 

Ketika ini seramai 1,300 pemegang-pemegang tauliah pengajar Al-Quran dan kelas agama dikenal pasti di seluruh negeri dan kira-kira 600 daripada mereka aktif mengajar dan menyampaikan kuliah agama di semua masjid dan surau setiap hari.

 

Menurut Datuk Wira Abdul Halim Tawil, beliau tidak mahu golongan kecil guru agama yang menolak vaksin Covid-19 akan memberi pengaruh dan ikutan kepada masyarakat.

 

Lebih-lebih lagi ketika menyampaikan ceramah agama di masjid dan surau kariah.

 

“Kita mensyaratkan kepada pengerusi masjid dan surau agar mendapatkan maklumat guru-guru yang hadir mengajar secara fizikal di masjid dan surau agar membuktikan mereka telah lengkap dua dos vaksin dan jika tidak mereka tidak dibenarkan hadir secara bersemuka” katanya kepada Melaka Hari Ini.

 

Bagaimanapun katanya setakat ini pihaknya sedang mengenal pasti dan mengumpul maklumat jumlah pemegang tauliah mengajar Al-Quran dan kelas agama di negeri Melaka yang masih berkeras menolak suntikan vaksin.

 

Dan jika masih berdegil  tindakan terhadap mereka akan diambil termasuk penamatan jawatan.

Post a Comment