Influencer Patutnya Pengaruh Perkara Baik Kepada Orang Ramai, Lupakan Sementara Influencer TikTok & Kenali Aktivitis Alam Sekitar! – Manis Madu
Kenali Aktivitis Alam Sekitar

Influencer Patutnya Pengaruh Perkara Baik Kepada Orang Ramai, Lupakan Sementara Influencer TikTok & Kenali Aktivitis Alam Sekitar!

Gelaran influencer kini tidak eksklusif kepada sebahagian golongan sahaja. Sesiapa pun boleh jadi influencer!

 

Namun, agak susah kita jumpa influencer yang memperjuangkan hak alam sekitar, mereka ada cumanya tidak begitu dikenali.

 

Hari ini Madu akan kongsi dengan korang beberapa orang influencer yang bergiat aktif dalam bidang tersebut.

#1 Melissa Tan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Melissa Tan (@heymelissatan)

Bukan sahaja memiliki rupa paras yang cantik, Melissa Tan yang juga seorang model Malaysia merupakan antara aktivis yang mengamalkan zero-waste lifestyle.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Melissa Tan (@heymelissatan)

Melissa menggunakan konsep reuse, reduce and recycle dalam kehidupan seharian untuk mengurangkan penghasilan sampah yang akan mencemarkan alam sekitar. Respect! Bukan senang nak amalkan gaya hidup begitu.

#2 Tengku Datin Paduka Setia Zatashah

Tengku Zatashah mula menceburkan diri dalam bidang ini apabila menyedari pengaruh dan kedudukan beliau dalam masyarakat perlu dimanfaatkan sebaiknya. Platform yang ada digunakan untuk mendidik dan mengajak masyarakat ke arah perubahan yang lebih positif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zatashah (@zatashah)

Beliau merupakan antara aktivis yang memperjuangkan masalah pencemaran plastik dengan memulakan kempen #sayno2plastic dan ia dimuatnaik di laman media sosialnya.

 

Tengku Zatashah juga merupakan duta bagi Sharksavers Malaysia yang aktif dalam membanteras aktiviti pemerdagangan sirip ikan jerung dan perdagangan dan pengambilan telur penyu di Malaysia. Hebatnya!

#3 Maya Karin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maya Karin (@maya_karin)

Tak lengkap rasanya list Madu kalau tak masukkan nama individu yang satu ini. Haa, kalau korang nak tahu, Maya Karin merupakan antara individu terawal yang terlibat dan bergiat aktif dalam organisasi tidak berbayar berkaitan haiwan dan alam sekitar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maya Karin (@maya_karin)

Untuk pengetahuan korang, Maya juga telah dilantik menjadi duta bagi projek #saveourriver dan dia juga menubuhkan yayasan sendiri yang diberi nama Maya Love Nature.

 

Kalau jengah ke Instagram atau Twitter Maya, korang boleh tengok banyak posting dia tentang usaha-usaha pembersihan hutan, sungai dan lain-lain. Kudos!

#4 Yeo Bee Yin

Mendapat gelaran Malaysia’s Green Queen, bekas Menteri di Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Perubahan Iklim ini juga tidak kalah hebatnya!

 

Telah banyak jasa yang disumbangkan beliau semasa menjadi Menteri seperti usaha serius beliau dalam menolak kemasukan sampah asing dalam negara, membuat pemantauan pencemaran udara di Pasir Gudang, menangani masalah jerebu dan banyak lagi.

 

“Malaysia will not be the dumping ground of the world” adalah petikan kata-kata beliau dalam sebuah dokumentari berjudul “Broken” di Netflix.

#5 Thanuja Ananthan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by T H A N U J A (@thanujaananthan)

Dengan memiliki 92.9k pengikut di laman Instagram, cukup untuk menjadikan Thanuja bersemangat melakukan perkongsian berkaitan visinya dalam menjadikan Malaysia negara yang benar-benar bebas tanpa menyakiti haiwan.

 

Miss World Malaysia 2009 ini juga tidak asing dalam komuniti penyelamat haiwan kerana dia selalu turut serta dalam aktiviti kesederan di sekitar Lembah Klang.

 

Pada tahun 2018, Thanuja bergabung dengan pengasas Lip & Co, Kelvin Tan dengan melancarkan limited edition cruelty-free kisses lip kit. Menariknya, jenama tersebut adalah 100% vegetarian dan mesra alam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by T H A N U J A (@thanujaananthan)

Usaha-usaha untuk selamatkan bumi, selamatkan haiwan, jaga alam sekitar ini wajar untuk kita ikuti dan sokong. Maduners lepas ni pegi follow top 5 influencer yang Madu senaraikan tadi. Sedikit sebanyak kita bagi sokongan pada mereka!

Post a Comment