“Ini Bukan PR Event Atau Fashion Show. It’s A Seated Wedding” Pereka Fesyen Tegur Tetamu Isi RSVP Tapi Tak Munculkan Diri
Majlis perkahwinan pastinya menjadi satu momen bahagia buat setiap pasangan pengantin. Kedatangan tetamu terdiri dari ahli keluarga dan rakan-rakan pasti menambah rasa bahagia raja sehari.
Oleh itu, sangat tak bagus kalau sudah dijemput ke mana-mana majlis tapi tak hadir lebih-lebih lagi tuan rumah menjemput secara RSVP.
Menurut satu perkongsian di laman Twitter oleh seorang pereka fesyen dikenali sebagai @ricorinaldi, dia menceritakan satu kejadian yang terjadi terhadap pengantinnya dalam satu majlis.
Ni aku nak cerita sedikit. Semalam aku kesian dekat bride aku. Punya dia moody dan aku terpaksa cheer up dia n smile. Bukan apa, guests buat RSVP tp x dtg. Look, ini bukan PR event tau atau fashion show tau. It’s a seated wedding. As a host they rugi byk expect tau.
— Rico Rinaldi (@ricorinaldi) May 26, 2022
“Ni aku nak cerita sedikit. Semalam aku kesian dekat bride aku. Punya dia moody dan aku terpaksa cheer up dia and smile. Bukan apa, guests buat RSVP tapi tak datang. Look, ini bukan PR event tau atau fashion show tau. It’s a seated wedding. As a host they rugi banyak aspect tau,” ceritanya.
Pereka fesyen itu turun berpesan untuk tidak menormalisasikan mengisi RSVP jika tidak benar-benar mahu pergi ke majlis berkenaan.
“Please la jangan normalisekan RSVP tapi sebenarnya you’re not excited or tak plan ahead or prepare to attend. Datang lambat takpe janji datang. Ni bukan kenduri rumah,” tambahnya lagi.
Menurutnya lagi, memang tetamu boleh memberi alasan kenapa tidak hadir tapi bayangkan jika majlis itu majlis kita sendiri dan tempat tetamu duduk kosong kerana tetamu yang dijanjikan datang tidak muncul.
“Yes guest boleh bagi alasan tak boleh datang last minute tapi just imagine if that’s your big day? Wedding you nampak kosong? Plus, orang kena call you tanya datang ke tak,” tambahnya.
RSVP merupakan singkatan daripada frasa Perancis, Réspondez S’il Vous Plaît yang bermaksud maklum balas terhadap jemputan dengan mengisi ‘form’ yang diberi pihak tuan rumah.