Ini Dia, Cara Dapatkan Semula Bayaran Balik Daripada Syarikat Penerbangan – Manis Madu

Ini Dia, Cara Dapatkan Semula Bayaran Balik Daripada Syarikat Penerbangan

Disebabkan sedang berlakunya pandemik Covid-19 di seluruh dunia, pelbagai masalah lain telah timbul.

 

Antara masalah yang Maduners mungkin hadapi sewaktu krisis Covid-19 ini adalah rancangan Maduners untuk bercuti terpaksa dibatalkan.

Jadi macam mana nak dapatkan semula bayaran balik kerana Maduners terpaksa batalkan rancangan percutian?

 

Jangan risau, untuk Maduners yang sudah membuat pembelanjaan membeli tiket penerbangan, Madu akan kongsi dengan Maduners cara dapatkan semula bayaran balik.

Tiket Penerbangan

Sektor penerbangan antara salah satu sektor yang terjejas teruk disebabkan oleh pandemik Covid-19.

 

Setiap syarikat penerbangan mempunyai polisi bayaran balik yang berbeza-beza, jadi bergantung kepada syarikat yang mana Maduners membeli tiket penerbangan, pastikan Maduners membaca dengan teliti polisi tersebut.

Malaysia Airline

Bagi syarikat penerbangan Malaysia Airline Berhad (MAB), mereka telah mengumumkan pelanggan boleh melakukan pembatalan dan mendapat kembali bayaran balik sepenuhnya.

 

MAB juga membenarkan pertukaran tiket secara percuma untuk penerbangan ke dan juga dari China serta penangguhan bagi pelanggan yang terkena sekatan di negara-negara tertentu.

 

Maduners boleh layari laman web https://www.malaysiaairlines.com/my/en/check-refund-status-form.html untuk maklumat lanjut.

Air Asia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AirAsia (@airasia) on

Syarikat penerbangan tambang murah terbaik iaitu Air Asia telah mengunakan kaedah akaun kredit atau boleh juga mendapatkan semua bayaran balik secara sepenuhnya baru-baru ini Air Asia telah memanjangkan tempoh untuk mendapatkan akaun kredit.

 

Perkara di atas hanya tertakluk kepada pelanggan yang menempah tiket penerbangan ke atau dari China, Macao, Hong Kong dan juga Taiwan sehingga 31 Mac dan boleh ditebus bagi mereka yang membuat tempahan dalam tempoh 90 hari sebelum tarikh perjalanan.

 

Permintaan untuk mendapatkan semula bayaran balik dari syarikat penerbangan Air Asia boleh dibuat menerusi support.airasia.com untuk mereka yang membeli tiket secara langsung dari Air Asia.

Bagi pelanggan yang membuat tempahan melalui ejen diminta untuk meminta bayaran balik melalui ejen masing-masing.

Sumber Gambar (Featured Image): Freepik

Post a Comment