“Inilah Saya”, Kelibat Elyana Tampil Tidak Berhijab Jawab Isu Buka Tudung – Manis Madu

“Inilah Saya”, Kelibat Elyana Tampil Tidak Berhijab Jawab Isu Buka Tudung

Teka teki mengenai status hijab penyanyi Elyana yang menjadi bualan hangat minggu lalu selepas tindakannya memuat naik gambar tidak berhijab terjawab apabila dia tampil tanpa mengenakan tudung dalam satu sidang media semalam.

 

Memetik laporan akhbar Kosmo!, dia berkata sudah berfikir masak-masak sebelum membuat keputusan itu dan berharap orang ramai mendoakan yang baik-baik sahaja buat dirinya.

 

“Saya sudah fikir semasak-masaknya. Inilah saya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan selama ini. Jika anda masih lagi mahu mendoakan saya, saya harap doa yang baik itu berbalik kepada anda.

 

“Baik buruknya, saya yang akan tanggung. Jika anda boleh terima diri saya, alhamdulillah. Jika tak boleh, saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana inilah saya,” katanya.

Tambah Elyana juga, dia tidak mahu mengambil pusing segala kecaman yang dilemparkan netizen dan jelasnya, tiada keperluan untuknya menjelaskan mengenai tindakannya itu.

 

“Saya mengambil keputusan untuk tidak menjelaskan apa-apa kerana mereka (netizen) tidak ingin penjelasan daripada saya. Selagi saya menjelaskan, selagi itu macam-macam cerita tidak masuk akal yang akan timbul.

 

“Jadi, demi menjaga tatasusila, jiwa, persekitaran saya, saya mengambil keputusan untuk tidak menerangkan apa-apa kepada mereka yang langsung tidak mahu memahami,” katanya.

 

Elyana juga berkata, dia sudah penat untuk menjaga hati orang lain dan kini hanya mahu fokus pada jiwanya sendiri.

 

“Dalam hidup saya tidak pernah rasa penyesalan. Cuma apa yang boleh saya katakan, setiap hari saya impikan kehidupan yang baik untuk jiwa saya.

 

“Sebelum ini saya hanya mementingkan jiwa dan hati orang sehinggakan saya terlupa tentang diri saya. Jadi, sekarang ini saya akan buat apa yang saya terfikir nak buat,” katanya.

@kosmoonlineInilah saya, baik buruk saya sendiri akan tanggung – Elyana♬ original sound – Kosmo!

Seperti sedia maklum, Elyana menjadi topik bualan hangat netizen sejak minggu lalu selepas mengumumkan untuk menghilangkan diri bagi ‘mencari dirinya’ dan turut memuat naik beberapa keping foto tidak bertudung.

 

Menurut netizen, foto berkenaan seolah-olah memberi bayangan mengenai keputusan yang akan dilakukan Elyana dan tidak kurang juga yang berdebat mempersoalkan punca platun lagu Niat itu bertindak sedemikian.

Post a Comment