Insecure Dengan Stretch Mark, Cuba Dua Kaedah!
Stress betul tengok tanda regangan kulit di merata-rata badan. Lebih-lebih lagi di bahagian paha dan pinggul. Rasa malu tengok diri sendiri. Insecure!
Tanda regangan kulit atau lebih dikenali stretch marks ini merupakan masalah yang dihadapi oleh ramai wanita. Ada ke cara nak hilangkan stretch marks?
Masalah kulit ini biasanya bermula dengan warna merah atau ungu yang berjalur-jalur pada kulit dan kemudian akan bertukar kepada warna putih atau mengikut warna kulit.
Lama-kelamaan, ia akan merebak ke sekitar kulit dan mula merekah lalu terserap ke dalam kulit. Stretch marks sering terbentuk pada paha, bawah lengan, dada dan perut. Bentuknya pula seperti bergerigi atau berjalur-jalur.
Wanita Hamil
Ia sering muncul pada waktu kehamilan kerana lebih daripada setengah wanita hamil akan mengalaminya. Akan tetapi, stretch marks juga boleh terbentuk kerana faktor lemak dalam badan.
Contohnya perubahan mendadak berat badan seseorang lalu stretch marks boleh terbentuk di paha serta perut.
Menurut HelloDoktor, terdapat 2 cara yang boleh bantu menghilangkan stretch marks ini iaitu melalui prosedur dan juga krim:
Antara prosedur menghilangkan stretch marks yang dilakukan oleh pakar dermatologi ialah:
- Terapi laser
- Radiofrekuensi
- Ultrasound
- Chemical peel
- Microdermabrasion
Bagi mendapatkan hasil yang maksimum, dermatologi mungkin akan mencadangkan lebih daripada satu prosedur.
Walau bagaimanapun, prosedur-prosedur ini masih berisiko dan mempunyai kesan sampingan jangka pendek walaupun dilakukan oleh golongan profesional.
Antara situasi yang boleh berlaku selepas mendapat rawatan ini ialah kesan bengkak dan kemerahan pada kulit tapi Maduners jangan risau kerana perkara ini akan menghilang mengikut masa.
Namun, Maduners kena faham, rawatan-rawatan ini hanya mampu memudarkan stretch marks, bukan hilangkannya secara total.
Penggunaan krim, gel dan losyen
Kajian mendapati banyak krim untuk hilangkan stretch marks dijual di pasaran dan mendapat sambutan hangat! Walau bagaimanapun, masih tiada bukti menunjukkan mana-mana produk mampu merawat masalah kulit ini.
But worry not! Untuk pengetahuan Maduners, para penyelidik ada memberikan beberapa tips untuk memilih produk terbaik menghilangkan tanda regangan kulit.
Jika anda bercadang untuk menggunakan mana-mana krim, gel atau losyen bagi merawat tanda regangan kulit, pastikan anda melakukan perkara berikut:
Antara kandungan yang disarankan berada dalam krim atau ubat yang Maduners boleh gunakan untuk kurangkan masalah stretch marks ialah:
- Asid hyaluronic
- Tretinoin
- Retinol
Terdapat kajian yang menunjukkan dengan mengamalkan asid hyaluronic ini mampu memudarkan stretch marks manakala bagi tretinoin, ia turut dapat membantu dalam membuatkan kesan regangan tersebut kurang kelihatan. Retinol juga dikatakan dapat membantu memudarkan kesan-kesan awal regangan kulit.
Buat Maduners yang mengalami masalah ini, diharap dapat membantu! Bagi para ibu yang bakal hamil atau sedang hamil, Madu sarankan untuk dapatkan nasihat doktor bagi mengetahui cara-cara mengurangkan kesan regangan kulit.