ISD: Rutin “Me-Time” Paling Cun Bila Di Rumah – Manis Madu
ISD_ Rutin Me-Time Paling Cun Bila Di Rumah

ISD: Rutin “Me-Time” Paling Cun Bila Di Rumah

Madu perasan banyak mengenai self-care terpapar di media sosial dan majalah. Memang penting untuk manjakan diri kita!

 

Bersempena dengan International Self Care Day yang disambut pada 24 Julai setiap tahun, Madu nak kongsi dengan Maduners aktiviti “Self-Care” yang kita boleh buat dengan hanya duduk di rumah sahaja. Jom!

1. Matikan Telefon Bimbit

Maduners nak rehat tapi telefon tak habis-habis berbunyi dengan notifikasi dan mesej? Chill, easy je nak settlekan masalah tu. Matikan sahaja telefon anda! Turn-off.

Jika mahu berehat tanpa sebarang tekanan daripada sebarang gajet, berehatlah tanpa teknologi. No Gadget No Problem.

2. Dengar Muzik Favourite

Muzik adalah cara yang paling cepat dan mudah untuk mengurangkan tekanan dan berasa lebih tenang. Ada yang suka genre muzik heavy rock, orang kata senang nak melalak nyanyi sekuat hati.

Ada pula orang yang suka muzik jiwa tangkap leleh nak layan feeling. Apa sahaja muzik yang Maduners gemari, anda pasti akan lebih senang hati dan tersenyum selepas mendengarnya. Wuuuu.

3. Marathon Online Series

Tak perlu nak keluar jauh-jauh beli tiket wayang. Cuma perlu langgan Netflix dan ching! Dah ada dalam phone.

Waktu ini saja yang Maduners ada untuk habiskan segala episode yang tercicir. Masa yang ada maybe tak akan sama dengan yang akan datang.

4. Tulis Diari Seharian

Ya, bunyi macam klise tapi Madu nak tanya bila kali terakhir Maduners luahan perasaan? Pernah tak Maduners semua ada satu diari untuk kita tulis apa yang kita buat aktiviti sepanjang seharian kita. Mestilah ada kan.

Ada masa ni kan, apa kata luangkan di rumah dengan menulis diari. Luahkan apa yang terbuku di hati, apa yang ada dalam minda, tulis semuanya. Maybe kemudian hari dah susah nak jumpa masa yang sesuai.

5. Bancuh Minuman Kegemaran

Kadang-kadang, Maduners hanya perlukan secawan kopi yang enak untuk tenangkan diri. Green Tea pun sedap! Pilihan semua di tangan Maduners.

Green Tea boleh menyejukkan badan kita dan memberi ketenangan waktu berada di rumah. Orang kata vibes positif dan tenang. Makin cerialah hari kita!

Madu nak ucapkan Happy International Self Care Day untuk semua. Ingat, diri sendiri kita kena jaga sebaiknya. Self-care ni penting untuk semua orang, bukan sahaja orang yang berduit! If you don’t love yourself, how you gonna love somebody else?

Post a Comment