iShareFans? Sah Wujud Atau Scam? 5 Perkara Korang Kena Tentang Laman Ini – Manis Madu
5 Perkara Korang Kena Tentang Laman IShareFans

iShareFans? Sah Wujud Atau Scam? 5 Perkara Korang Kena Tentang Laman Ini

Betul ke hanya dengan like, share, follow akaun media sosial boleh dapat duit?

 

Kalau senang macam itu nak dapat duit, Madu pun nak! Tapi kalau dah terlalu mudah caranya mesti ada benda tak kena. Mana ada dalam dunia sekarang ini nak dapat duit atau nak dapat apa-apa orang bagi free macam itu jerr!

 

Menurut Best Borneo, iShareFans merupakan satu laman yang sediakan peluang menjana pendapatan hanya dengan membuat beberapa tugasan seperti like, share dan follow akaun media sosial popular seperti TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube.

Ahli iShareFans dapat pendapatan mereka dengan cara mereka perlu langgan terlebih dahulu pakej-pakej yang disediakan untuk membolehkan tugasan dibuat dan duit yang telah dikumpul dapat dikeluarkan.

#1 iShareFans Menyerupai Midjobs

Kalau Maduners nak tahu, iShareFans ini lebih kurang sama dengan satu laman yang diberi nama Midjobs.

Midjobs ini sangat popular di Filipina dan Indonesia suatu ketika dahulu dan mula masuk ke Malaysia sekitar penghujung 2019. Laman ini pun lebih kurang sama, ia menawarkan perkhidmatan menonton video di YouTube dan akan dibayar dan Midjobs juga ada pakej-pakej yang perlu dilanggan untuk membolehkan ahlinya buat tugasan.

 

Fakta menarik tentang Midjobs ini ialah pada awal bulan Jun 2020, Midjobs dah tutup laman web dan akaun media sosialnya dan meninggalkan ramai ahli yang dah join! Mereka juga menanggung kerugian kerana duit modal yang dilaburkan hilang begitu sahaja.

Cara kedua-dua laman ini beroperasi hampir sama ya. Adakah sejarah mungkin berulang?

#2 Tiada Terma & Syarat yang Jelas

Untuk nak join apa-apa jenis sistem perniagaan atau pelaburan, Maduners perlu ambik tahu tentang terma dan syarat yang ditetapkan. Korang perlu tahu apa hak korang dan apa yang dipersetujui antara korang dan pihak peniaga. Dalam iShareFansi ni tak dinyatakan terma dan syarat yang jelas untuk rujukan ahlinya. Haa! Hati-hati!

#3 Maklumat Pemilik Tidak Jelas

Satu-satunya maklumat tentang pemilikan iShareFans ini hanyalah E&M E-Commerce Sdn Bhd serta nombor perhubungan customer services. Carian tentang pemilik syarikat ini juga tidak dijumpai di mana-mana seolah-olah pemiliknya tidak wujud. Ini kalau kena tipu , betul-betul terciduk sebab tak tahu nak cari siapa.

#4 Tidak Akan Dibayar Jika Ahli Biasa

Kalau Maduners join sebagai ahli biasa, Maduners takkan dapat apa-apa. Korang kena beli pakej VIP dulu baru dapat withdraw. Di awal penubuhan, ahli biasa juga dapat buat tugasan dan keluarkan duit namun selepas beberapa bulan beroperasi ahli biasa tidak lagi mendapat bayaran dan perlu beli pakej VIP dahulu untuk mula mendapat bayaran.

 

Ini dah ada bau-bau yang mengcurigakan,

#5 iShareFans Adalah Skim Ponzi?

Rupanya, iShareFans bukan sahaja mengamalkan sistem piramid tapi juga skim Ponzi. Apa pulak skim Ponzi itu? Secara ringkas, skim ini bermaksud wang yang dibayar oleh ahli baru digunakan untuk pembayaran kepada peserta awal.

how-a-crypto-ponzi-scheme-works-768x399

Sumber Gambar: www.forexnewsnow.com

Dalam bahasa mudahnya, bila ada orang yang baru daftar sebagai ahli, duit itu akan digunakan untuk membayar orang yang dah join awal-awal.

 

Haa Maduners faham tak? Itulah sistem Ponzi dan ia digunakan dalam sistem iShareFans ini.

 

Lepas Maduners baca semua fakta-fakta di atas, rasa-rasa nak join lagi tak? Hmm Madu faham ramai yang terjejas sejak Covid ini tapi jangan main hentam jerr buat kerja untuk jana pendapatan. Hati-hati bila melibatkan maklumat peribadi di atas talian.

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment