Israel Bakal Jadi Tuan Rumah Miss Universe 2021? – Manis Madu
Israel Bakal Jadi Tuan Rumah Miss Universe 2021

Israel Bakal Jadi Tuan Rumah Miss Universe 2021?

Buat julung kalinya, pertandingan ratu cantik terkenal, Miss Universe 2021 akan diadakan di Israel pada Disember akan datang, demikian menurut kementerian pelancongan Israel.

 

“Saya berharap pada Disember ini, kita bukan sahaja menyambut anjuran perdana pertandingan Miss Universe 2021 di Israel tetapi juga penamat kepada pandemik Covid-19,” kata Menteri Pelancongan, Yoel Razvozov.

 

Anjuran sesi 2020 Miss Universe dibatalkan berikutan Covid-19 tetapi peserta dari Mexico, Andrea Meza dimahkotakan sebagai pemenang pada Mei lalu dalam satu majlis di Florida, Amerika Syarikat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Andrea Meza (@andreamezamx)

Menurut laporan, pertandingan pada Disember ini akan menjadi yang ke-70 dalam siri ini.

 

Delegasi dari sekitar 100 negara dijangka akan tiba di Israel untuk acara yang akan disiarkan di seluruh dunia.

 

Presiden Organisasi Miss Universe, Paula M Shugart berkata Israel telah berada dalam senarai pendek tuan rumah selama bertahun-tahun kerana kepelbagaian budayanya.

 

Rentetan kritikan yang kerap diterima oleh pertandingan ini kerana menjadikan kecantikan peserta sebagai fokus utama, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penganjur telah mengubah imejnya dan lebih memfokuskan pada pembudayaan dan aktivis wanita.

Post a Comment