Isteri Berseloroh Perli Suami Susah Diajak Bergambar, Ramai Wanita Lain Ucap Terima Kasih! – Manis Madu

Isteri Berseloroh Perli Suami Susah Diajak Bergambar, Ramai Wanita Lain Ucap Terima Kasih!

Tidak pelik jika berkunjung ke mana-mana, para isteri akan sibuk dengan kamera dan merakam gambar. Bukannya apa, kaum hawa suka bergambar untuk kenang-kenangan, nanti boleh tengok balik!

 

Dapat bergambar dan rakam memori kenangan bersama suami dan anak-anak pun sudah cukup menggembirakan hati seorang wanita. Balik rumah dah boleh tidur lena!

 

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Suria Syafiqah ada memuat naik satu video memaparkan teletah mencuit hati ibu bapanya ketika sesi bergambar.

ibu bapa Suria Syafiqah

Apa yang membuatkan ramai tergelak, ibunya seakan-akan ‘gangster’ ketika memanggil ayahnya untuk bergambar bersama. Bukan sahaja diugut dengan ayat ‘nanti menyesal’, malah ibunya juga berseloroh membandingkan gelagat si ayah ketika bergambar dengan rakan-rakannya.

 

“Cepat la, kau kalau bergambar dengan kawan kau bukan main tersengih-sengih. Gambar dengan bini sendiri asyik tak nak je. Nanti menyesal!” ujar ibunya sambil mengajuk aksi si ayah.

ibu berseloroh membandingkan gelagat ayah ketika bergambar dengan rakan(1)

Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet cukup terhibur dengan gelagat pasangan ini selain mengakui boleh ‘relate’ dengan ekspresi suami masing-masing setiap kali diajak bergambar.

 

“Terima kasih makcik, wakilkan para isteri. Saya nak guna sound ni perli laki saya,”

 

“Memang betul. Bila dengan kawan atau saudara mara, bukan main lagi senyum. Bila dengan bini macam kena jatuh hukuman penjara je rupanya,”

 

“Ya, sama dengan laki kita. Susah nak bergambar dengan kita,”

 

Perkongsian tersebut telah mendapat satu juta tontonan, 120.4k tanda suka dan 3,691 komen di TikTok.

Post a Comment