Isteri Tikam Suami Selepas Salah Faham Siapa ‘Gadis Muda’ Dalam Telefon Suami! – Manis Madu
wanita cemburu

Isteri Tikam Suami Selepas Salah Faham Siapa ‘Gadis Muda’ Dalam Telefon Suami!

Cemburu buta, istilah yang paling tepat untuk article kali ini yang mengisahkan seorang wanita di Mexico yang telah ditahan polis selepas bertindak menikam suaminya. Berikut adalah lebih lanjut yang Madu akan share kepada semua Maduners.

woman lying on bed

Menurut kenyataan polis di Cajeme, Sonora, seorang wanita yang berang akan penemuan beberapa gambar di telefon milik suaminya sendiri telah bertidak diluar kawalan dengan menikam suaminya itu beberapa kali tanpa usul periksa.

lenoran

Wanita yang dikenali sebagai Leonora N, difahamkan telah terjumpa beberapa gambar didalam galeri telefon milik suaminya, Juan N yang sedang bersama seorang ‘gadis muda’ dalam gambar tersebut tanpa mengetahui bahawa ‘gadis’ didalam gambar tersebut adalah dirinya sendiri suatu masa dahulu.

black and sliver knife-tikam-pisau

Juan yang kesakitan akibat tikaman bertalu-talu oleh isterinya itu bagaimanapun berhasil merampas pisau itu sebelum menjelaskan bahawa kesemua foto tersebut adalah foto lama mereka yang diambil beberapa tahun yang lalu sebelum digitalkan baru-baru ini untuk disimpan di dalam perantinya itu.

 

Namun apabila kes tersebut telah dapat diredakan, bertindak atas laporan yang dibuat oleh jiran pasangan terbabit yang mendengar jeritan dan pergaduhan mereka, polis telah menyerbu dan menahan isteri Juan untuk siasatan.

Post a Comment