Isu Duit Palsu Influencer VS Founder, Netizen Buat Laporan Polis Selepas Tahu Hanya Marketing!
Sejak dua menjak ini kecoh di laman TikTok tentang pergaduhan melibatkan seorang pengasas produk, Siti Jamu Mall dengan seorang influencer dikenali sebagai Puteri Sari.
Pada awalnya, Puteri Sari dilaporkan menyerang tempat pengasas produk berkenaan dengan mendakwa telah diberi duit palsu. Dalam video yang ditularkan itu, jelas kedua-dua pihak terjerit-jerit kononnya bergaduh disebabkan duit palsu berkenaan.
Perjanjian dibuat pada awalnya menuntut 3 hari untuk mereka melakukan ‘drama’ itu namun pihak Siti Jamu Mall seolah-olah mahu memanjangkan isu tersebut sehingga influencer itu akhirnya bertindak mendedahkan perkara sebenar yang mana semua itu adalah bertujuan marketing semata-mata.
@dayahae__ Rupanya marketing kes duit palsu😥 #duitpalsu @jamumall_hq @puteriisarii ♬ suara asli – gabut woi
Pengakuan itu semakin membangkitkan rasa marah dan kecewa warganet yang menganggap isu berkenaan (duit palsu) bukan satu perkara yang boleh dijadikan bahan gurauan.
Susulan itu, menerusi video yang dimuat naik pengguna TikTok dikenali sebagai Cik Sharina menunjukkan satu laporan polis telah dibuat terhadap mereka dan turut mengajak orang ramai untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis.
@ciksharina Please la nak buat sesuatu jgn menyusahkan org!Nak naik nama sekali pun profesional la.. abg @penceritatv ♬ original sound – 🐅Mizz Nina🐅
“Please la nak buat sesuatu jangan menyusahkan orang! Nak naik nama sekali pun profesional la,” tulis keterangan video itu.
“Mereka mempersendakan undang-undang negara. Polis telah diperdaya, undang-undang negara diperkotak-katikkan,”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan tindakan lelaki dalam video itu yang berani menyuarakan pendapat dan melaporkan perkara tersebut terus ke pihak polis.