Isu Nasi Putih & Kuah Makanan Murid RMT, KPM Lakukan Siasatan Segera – Manis Madu
Isu Nasi Putih & Kuah Makanan Murid RMT, KPM Lakukan Siasatan Segera

Isu Nasi Putih & Kuah Makanan Murid RMT, KPM Lakukan Siasatan Segera

Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan lanjut berhubung penularan gambar nasi putih dan kuah yang didakwa makanan kepada murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT).

 

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, beliau memandang serius dakwaan tersebut dan sudah mengarahkan siasatan dibuat bagi mengenal pasti sekolah terbabit.

“Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah (RMT).

 

“KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

 

Sebelum ini tular di media sosial mengenai penerima RMT yang didakwa hanya berbekalkan nasi putih dan kuah sahaja di sekolah.

 

Perkara itu didedahkan seorang pengguna Facebook yang berkongsi simpatinya dengan memuat naik sekeping gambar makanan berkenaan sambil mempersoalkan peruntukan kerajaan menerusi program tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, netizen kebanyakannya turut tidak berpuas hati dan menganggap perkara seperti ini tidak patut berlaku.

 

“Parah dan menyedihkan,” komen Ahmad Tarmizi Abdullah.

 

“Kalau macam ni, saya pun tak nak makan. Melampau sangat,” tulis Norhaslinda Kamaruddin.

 

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan segera!

Post a Comment