Isu Perlesenan FINAS Cetus Kemarahan Netizen
Baru-baru ini Menteri Komunikasi dan Multimedia umumkan segala bentuk penggambaran memerlukan lesen FINAS.
No intention to restrict personal freedom on social media with Finas Act#AWANInews #EnglishNEWShttps://t.co/QZVDRgF1D8 pic.twitter.com/5aX8AGMtOU
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) July 23, 2020
Kecoh di pelbagai platform media sosial dengan pelbagai berita mengenai hal ini, semua orang berikan pandangan masing-masaing daripada influencer sehinggalah content creators.
Disebabkan ramai orang kurang jelas tentang isu lesen perfileman FINAS ini, macam-macamlah maklum balas tentang berita tersebut. Cuba tengok telatah warga Twitter ini:
Your next assignment will be a video assignment
Please attach approval from Finas with your submission or marks will be deducted
— razif othman (@rajifusama) July 23, 2020
Imagine if Sofyan had to apply for a FINAS license. https://t.co/wpUgJI85QN
— Tenoq-chan (@tenoq) July 23, 2020
Betul juga bila fikir semula, kalau pelajar perlu hasilkan sebuah filem pendek sebagai tugasan mereka, adakah mereka memerlukan lesen FINAS? Madu dulu pun memang gunakan YouTube untuk menghantar assignment, adakah ini bermakna ada potensi Madu akan disaman?
Menurut laman web rasmi FINAS, untuk mendapatkan lesen tersebut, pemohon mesti berdaftar sebagai pemilik Syarikat Sdn. Bhd. dan mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada RM50,000.
Mana pula nak dapatkan RM50,000? Semata-mata untuk lesen tersebut.
Sebelum isu jadi lebih mengelirukan, Madu rasa lebih baik kita baca penjelasan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah, mungkin dapat menjawab persoalan yang terbit dalam fikiran Maduners semua.
Penerangan ini jelas menunjukkan bahawa ia sebenarnya mustahil untuk dilaksanakan dengan syarat-syarat terdahulu. Semua pengguna media sosial juga bebas menggunakan semua platform seperti YouTube dan TikTok tanpa memerlukan lesen.
Kita dah berada pada tahun 2020, media adalah segalanya dan undang-undang tersebut perlu dipinda agar sesuai dengan peredaran zaman.