“Jadi Ibu-Ibu Kena Kreatif” Wanita Buat ‘Grab Walker’ Sambil Bawa Anak Tuai Pujian Warganet! – Manis Madu
“Jadi Ibu-Ibu Kena Kreatif” Wanita Buat ‘Grab Walker’ Sambil Bawa Anak Tuai Pujian Warganet!

“Jadi Ibu-Ibu Kena Kreatif” Wanita Buat ‘Grab Walker’ Sambil Bawa Anak Tuai Pujian Warganet!

Sebagai seorang ibu, tugas harian menguruskan rumah tangga, makan pakai anak dan suami memang membuatkan kita tak cukup masa untuk diri sendiri. Adakala sampai tak sempat nak ber ‘me-time’ kerana terlalu sibuk!

 

Namun, itu semua tidak sepatutnya dijadikan alasan. Menjaga diri sendiri baik dari segi kesihatan atau kecantikan perlu menjadi keutamaan para wanita. 

 

Seperti mana yang dilakukan oleh seorang wanita dikenali sebagai Mummy Dee yang bertindak menyertai khidmat penghantaran makanan tetapi dengan berjalan kaki.

@aisha.h_ammar.h One for the memory. So i joined Grab, a job that i can do and bring the kids along at my own time and target. May Allah ease all of our affairs. Aamiinn! 🥰 #aishaammar #siblinglove ♬ Work Work Work (feat. Twan G) – Dee McGhee & Hydrolic West

Menurut Mummy Dee, dia mendaftar sebagai penghantar makanan bersama Grab dan melakukan penghantaran dengan berjalan kaki supaya lebih mudah untuk membawa anaknya bersama di samping boleh memenuhi sasaran yang dia sendiri telah tetapkan.

 

Dalam video yang dikongsi, dia menunjukkan perjalanan menghantar makanan kepada pelanggan dengan ditemani dua orang anaknya.

 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada wanita berkenaan dan mendoakan semoga urusannya dipermudahkan.

 

Kreatif kan cara yang dilakukan wanita ini? Dia dapat 3 in 1! Boleh luangkan masa dengan anak, dapat jana pendapatan dan juga boleh capai sasaran untuk exercise. Menarik!

Post a Comment