Jaga-Jaga, 5 Makanan Ini Tak Boleh Letak Dalam Microwave! – Manis Madu
Jaga-Jaga, 5 Makanan Ini Tak Boleh Letak Dalam Microwave!

Jaga-Jaga, 5 Makanan Ini Tak Boleh Letak Dalam Microwave!

Teknologi merupakan perkara yang banyak membantu kehidupan seharian kita dan memudahkan banyak rutin harian. 

 

Namun, harus diingatkan cara penggunaan gajet dan teknologi juga ada pantang larangnya supaya tidak memudaratkan serta selamat digunakan. Lebih-lebih lagi yang melibatkan pemakanan dan elektrik!

vlad-zaytsev-DV3xrcq6hU4-unsplash (1)

Jom ketahui 5 makanan yang dilarang digunakan dalam ketuhar gelombang mikro (microwave).

Telur

Madu rasa telur ini merupakan satu juadah wajib ada di rumah kan? Sajian yang simple tapi sedap! Tetapi, Maduners kena tahu jika korang cuba memasak telur menggunakan ketuhar gelombang mikro, boleh mengundang bahaya.

telur

Ini kerana pemanasan yang berulang di dalam ketuhar boleh menghasilkan haba di dalam telur yang mana tiada ruang untuk haba tersebut keluar. 

 

Bila haba yang terkumpul di dalam telur terlalu padat, boleh mengakibatkan telur tersebut meletup dan sekaligus menyebabkan dapur dalam keadaan kotor dan berbau hanyir!

Daging

kyle-mackie-lvmFFcLvHl8-unsplash (1)

Tahu tak, potongan daging beku yang cuba di nyahbeku di dalam ketuhar gelombang mikro sebenarnya boleh mengakibatkan kemudaratan pada tekstur dan keadaan daging tersebut! Bahagian tepi daging akan mula masak tetapi bahagian dalam masih kekal beku. 

 

Lebih teruk jika ketuhar itu tidak direka dengan sistem pusingan ketika memanas yang mana akan mengakibatkan penyebaran haba yang tidak statik serta boleh menggalakkan pembiakan bakteria.

Susu ibu

lucy-wolski-sljmgxyzmqM-unsplash (1)

Memanaskan susu ibu yang disimpan beku menggunakan ketuhar gelombang mikro bukan hanya boleh membuatkannya panas menggelegak dan mengakibatkan mulut bayi melecur, malah ia berpotensi merosakkan imun susu ibu tersebut.

Bekas Plastik

syed-hussaini-F2JwUVuRz2I-unsplash (1)

Madu rasa ramai yang tahu kita tidak boleh meletakkan masakan panas ke dalam bekas plastik. Kombinasi haba dan plastik is a big no! 

 

Untuk info Maduners, plastik mengandungi estrogen, sejenis bahan kimia yang membawa keburukan pada kesihatan manusia. Pemanasan di dalam ketuhar gelombang mikro akan mengakibatkan bahan kimia ini melekat di dalam makanan dan sekaligus membawa penyakit kepada mereka yang memakannya.

Secawan air

manki-kim-12Kb5ynfxso-unsplash (1)

Jangan sesekali panaskan secawan air di dalam microwave tidak kira samada menggunakan cawan seramik, gelas kaca apatah lagi material plastik terlalu lama! 

 

Air yang dipanaskan dalam ketuhar gelombang mikro akan mengelakkan dari kewujudan gelembung udara yang lazimnya membantu menyejukkan air. Air akan mula menggelegak kalau korang alihkan cawan dan boleh menyebabkan melecur.

 

Madu harap perkongsian ini dapat membantu Maduners supaya lebih berhati-hati menggunakan ketuhar gelombang mikro! Jangan sampai memudaratkan kesihatan serta membahayakan.

Post a Comment