Jambatan Gantung Runtuh Di Sabah, 3 Pelajar Cedera Kerana Ingin Mencari Internet Untuk Belajar – Manis Madu
Jambatan Gantung Runtuh Di Sabah

Jambatan Gantung Runtuh Di Sabah, 3 Pelajar Cedera Kerana Ingin Mencari Internet Untuk Belajar

Kesungguhan 3 orang Pelajar SMK Ulu Sugut untuk mencari akses internet bagi mengikuti kelas atas talian bertukar tragedi apabila mereka terjatuh dari jambatan gantung yang tiba-tiba runtuh di Kampung Gusi, Ranau, Isnin lalu.

Tiga-pelajar-cedera-jatuh-jambatan-ketika-dapatkan-internet

Sumber Gambar: www.sinarharian.com.my

Jambatan gantung berketinggian 18meter dari aras sungai itu difahamkan adalah satu-satunya lokasi yang mempunyai capaian internet yang baik. Madu difahamkan juga, memang dah jadi kebiasaan bagi penduduk kampung untuk dapatkan jaringan internet di jambatan tersebut.

keadaan-jambatan-gantung-yang-runtuh-650

Sumber Gambar: www.sinarharian.com.my

Kejadian berlaku ketika jam 9 malam dan pelajar-pelajar tersebut berada di tengah-tengah jambatan gantung tersebut sebelum ia tiba-tiba runtuh dan mengakibatkan kecederaan.

 

Dimaklumkan menurut Sinar Harian, dua pelajar patah bahagian paha dan betis, manakala seorang lagi mengalami kecederaan tulang belakang selepas terjatuh.

joachim-gunsalam

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan, seorang pelajar patah kaki dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu.

 

Menurutnya lagi, beliau akan segera ke kampung berkenaan untuk melihat keadaan dan mendapatkan dana daripada kerajaan pusat untuk menaiktaraf jambatan tersebut.

 

“Minggu depan saya akan ke kampung itu dan jambatan baru akan dibina untuk penduduk.”

 

“Saya berharap akan mendapat peruntukan daripada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri. Saya arahkan pegawai saya untuk mendapatkan peruntukan pembinaan jambatan gantung.”

 

Madu harap, jambatan baru akan dibina untuk keselamatan dan keselesaan penduduk. Semoga pelajar terlibat cepat sembuh dan kembali pulih seperti sediakala!

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment