“Jangan Ambil Apollo Saya!” Gelagat Kucing Merajuk Buat Ramai Netizen Geram – Manis Madu
“Jangan Ambil Apollo Saya!” Gelagat Kucing Merajuk Buat Ramai Netizen Geram

“Jangan Ambil Apollo Saya!” Gelagat Kucing Merajuk Buat Ramai Netizen Geram

Gelagat haiwan peliharaan kadang-kadang lebih lucu daripada manusia! Ada sahaja perangai mereka yang boleh menghiburkan hati. Mungkin sebab itu orang kata, kalau ada haiwan peliharaan boleh jadi terapi dan menjadi ‘resipi’ untuk lebih bahagia. Gitchewww!

 

Baru-baru ini, satu hantaran di laman TikTok menarik perhatian Madu kerana gelagat si bulus ini sangat comel dan menghiburkan.

 

Dalam video yang dimuat naik @kimsyaf20 memperlihatkan gelagat seekor kucing yang merengek apabila snek Apollo perisa pandan yang dipegangnya diambil.

Kucing berwarna putih bersih itu juga seakan-akan merajuk apabila snek itu tidak dipulangkan kembali. Aduh, comel betul!

 

Melihat di ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecomelan gelagat kucing tersebut selain memuji haiwan itu sebagai kucing yang bijak.

 

“Kucing dalam TikTok ni semua bijak-bijak. Kucing rumah aku mintak Whiskas macam nak mintak nyawa aku,”

 

“Pandai merajuk, comel sangat-sangat ni,”

 

“Punya merajuk tu kan, tangan ambik mata tak mau tengok dah,”

 

Mesti sengaja elak eye contact kan supaya Apollo dia tak dirampas lagi. Bukan main peluk erat ya sebab tak nak orang ambil!

Post a Comment