Jangan Buat Tak Endah, Tak Sangka Ini 3 Tanda Besar Muka Anda Kelesuan! – Manis Madu

Jangan Buat Tak Endah, Tak Sangka Ini 3 Tanda Besar Muka Anda Kelesuan!

Percaya atau tidak sebenarnya bila anda dah terlalu penat, perkara ini akan memberi kesan kelesuan kepada muka anda!

 

Ianya perkara biasa untuk berjaga di tengah malam, diet pemakanan yang tak seimbang dan bekerja lebih masa bagi menyiapkan sesuatu tugasan. Kadang-kadang badan kita dah terbiasa dengan rutin yang tidak bagus ini, tapi tanpa disangka rupanya boleh memberikan kesan kelihatan lesu pada muka anda!

 

Betul! Masih ramai yang tak tahu atau buat tak endah dengan beberapa tanda kelesuan pada muka dan ingatkan ianya hanya perkara biasa dan hilang pada keesokan harinya. 

 

Sebenarnya kesan kelesuan sangat tidak baik untuk kulit muka pada jangka masa panjang! Ini 3 tanda penting muka anda mengalami kelesuan yang teruk.

Mata Bengkak (Puffy Eyes)

soroush-karimi-ZcczBXrkXgA-unsplash (1)

Kulit yang kelesuan akan cuba mengekalkan kelembapan di kawasan berhampiran mata untuk memastikan mata anda kekal terhidrat, tetapi juga memberikan hadiah istimewa bersama iaitu Puffy Eyes! 

 

Mata yang kelihatan bengkak sudah tahu memang bermaksud diri anda tidak mendapat tidur yang secukupnya. Bukan itu saja, mereka juga memberikan bayang-bayang pada kawasan bawah mata yang boleh menjadikan lingkaran hitam (dark circle) kelihatan lebih gelap.

 

Cuba kekalkan rutin rehat yang baik bagi memastikan kulit serta tubuh badan dapat berfungsi dengan lebih baik.

Muka Sembab

puffy face (1)

Bengkak muka bukan kena tumbuk tuan-tuan dan puan-puan! Bengkak muka atau lebih dikenali sebagai muka sembab adalah bengkak yang disebabkan oleh keradangan tisu muka. Juga dikenali sebagai facial edema, muka bengkak adalah hasil daripada pengumpulan cecair yang luar biasa besar di muka anda.

 

Bengkak muka paling ketara pada bahagian pipi dan bibir tetapi biasanya bergantung kepada individu. Setiap orang berbeza dan mempunyai kawasan muka yang senang sembab yang berbeza-beza. 

 

Biasanya hilang dalam beberapa jam, walaupun dalam beberapa keadaan, bengkak boleh merebak ke leher dan tekak anda.

Kulit Kering

skin 1 (1)

Jangan terkejut kalau selalunya jenis muka anda berminyak tiba-tiba menjadi terlalu kering, mengikut pakar dermatologi, Michele Green, jenis kulit muka boleh bertukar mengikut keadaan dan salah satu puncanya mungkin kelesuan!

 

Kulit kering menjadikan kulit kelihatan dan terasa kasar, gatal, mengelupas atau bersisik. Lokasi tempat tompok kering ini terbentuk berbeza-beza bagi setiap orang.

 

Keadaan kulit kering bukanlah satu kondisi kesihatan yang memerlukan hikmat doktor dengan segera tetapi kalau tak dirawat boleh memberikan kesan jangka panjang yang buruk!

 

Jadi jika anda seorang individu yang mengalami kulit muka yang kelesuan kena cari penyelesaian yang sebaik mungkin dan antara bahan kandungan yang terbaik untuk membantu menghilangkan kelesuan pada muka adalah Vitamin C!

Caudalie Vinergetic C+

Press-Release---A4_VINERGETIC_PRINT-MY-1-1-768

Baru-baru ini Caudalie Malaysia lancarkan koleksi produk penjagaan kulit muka mereka yang terbaru iaitu Caudalie Vinergetic C+ yang akan berikan suntikan tenaga kepada kulit muka anda yang lesu!

 

Caudalie Vinergetic C+ skincare yang mempunyai kandungan Vitamin C  sesuai untuk lelaki dan perempuan! Wajib cuba!!!

Press-Release---A4_VINERGETIC_PRINT-MY-2-1-768

Vinergetic C+ akan menghilangkan kelesuan dan memberi sinar pada kulit muka anda. Koleksi ini tidak mengandungi sebarang bahan pewangi dan sesuai untuk kulit sensitif.

 

Dalam koleksi Vinergetic C+ ini ada Brightening Eye Cream, Vitamin C Energy Serum, 3 in 1 Vitamin C Energy Moisturizer dan Overnight Detox Oil.

Brightening Eye Cream – RM155.00 (15ml)

VINERGETIC_Brightening-Eye-Cream

Caudalie Vinergetic C+ Brightening Eye Cream ini akan kurangkan kelesuan dekat muka anda dengan mengurangkan dark circles, melembabkan kawasan mata anda.

 

Mata anda mesti akan nampak lebih segar dan bertenaga, baru lagi yakin nak keluar dengan kawan-kawan dan pasangan anda!

 

Untuk shopping Brightening Eye Cream, klik pautan ini https://www.kensapothecary.com.my

Vitamin C Energy Serum – RM215.00 (30ml)

VINERGETIC_Vitamin-C-Energy-Serum

Serum sangat penting untuk melindungi muka dari sebarang kotoran yang datang dari persekitaran kita!

 

Siapa saja tak suka serum dan Vitamin C Energy Serum dari koleksi Caudalie Vinergetic C+ ini akan bantu mencerahkan dan menyegarkan kulit muka anda serta-merta untuk kulit yang segar dan bersinar.

 

Untuk shopping Vitamin C Energy Serum, klik pautan ini https://www.kensapothecary.com.my

3 in 1 Vitamin C Energy Moisturizer – RM175.00 (40ml)

VINERGETIC_Vitamin-C-Energy-Moisturizer

Bila dengar 3 dalam 1 pun dah tahu dia banyak manfaat! Betul, 3 in 1 Vitamin C Energy Moisturizer ini akan mencerahkan dan melembabkan kulit anda serta melindungi kulit muka daripada pencemaran yang tak bagus untuk kulit muka anda.

 

Anda boleh pakai pada waktu pagi dan petang pada muka dan leher selepas memakai Caudalie Vinergetic C+ Vitamin C Energy Serum.

 

Untuk shopping 3 in 1 Vitamin C Energy Moisturizer, klik pautan ini https://www.kensapothecary.com.my

Overnight Detox Oil – RM190.00 (30ml)

VINERGETIC_Overnight-Detox-Oil

Tak ramai yang pernah dengar tentang detox oil yang sebenarnya bagus untuk memperbaiki tekstur kulit dan memberikan penghidratan yang mendalam.

 

Overnight Detox Oil dalam koleksi Caudalie Vinergetic C+ ini akan membantu menyegarkan semula kulit anda yang kelesuan untuk kulit yang kelihatan sentiasa segar!

 

Letakkan 6 titik minyak ini waktu malam dan boleh digunakan sebelum anda menggunakan 3 in 1 Vitamin C Energy Moisturiser. Elakkan kawasan mata!

 

Untuk shopping Overnight Detox Oil, klik pautan ini https://www.kensapothecary.com.my

Press-Release---A4_VINERGETIC_PRINT-MY-1-2-768

Apa tunggu lagi! Anda boleh segera dapatkan koleksi Caudalie Vinergetic C+ ini di Kens Apothecary terdekat dengan anda.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi terbaru ini, anda boleh lihat di laman sesawang Facebook dan Instagram Kens Apothecary.

Post a Comment