Jangan Cepat Percaya! Tulisan Cina Pada Wang Kertas Disangka Mantera, Rupanya… – Manis Madu
Jangan Cepat Percaya! Tulisan Cina Pada Wang Kertas Disangka Mantera, Rupanya…

Jangan Cepat Percaya! Tulisan Cina Pada Wang Kertas Disangka Mantera, Rupanya…

Sudah menjadi perkara biasa, persaingan akan wujud dalam perniagaan. Pelbagai cara akan dicipta untuk bersaing secara sihat dengan pesaing masing-masing. Antaranya mempelbagaikan strategi pemasaran, menambah baik kualiti produk dan banyak lagi.

 

Namun, dalam persaingan sihat terbabit akan ada juga individu yang melakukan taktik kotor seperti menggunakan ilmu hitam untuk melariskan perniagaan sendiri atau menjatuhkan perniagaan pihak lawan.

 

Baru-baru ini, satu muat naik di laman Twitter memaparkan satu percubaan menyihir kedai menggunakan wang kertas yang sudah dijampi dengan mantera.

“Sihir kedai menggunakan wang kertas yang sudah di jampi dengan mantera. Ditulis menggunakan dakwat dipercayai campuran darah khinzir. Bertujuan untuk mengenakan peniaga kedai, berhati-hatilah pada para peniaga,” tulis ciapan tersebut.

 

Di dalam ciapan tersebut juga mendakwa, jika para peniaga mendapat duit yang tertulis ‘mentera’ seperti itu, jangan sesekali masukkan ke dalam peti duit atau bekas duit hasil berniaga.

 

Ini kerana dibimbangi sihir akan mula aktif dan memberi kesan buruk kepada perniagaan seperti kedai akan mula kurang pelanggan, duit hasil berniaga hilang tanpa jejak, badan mula berasa sakit-sakit dan lain-lain. Individu berkenaan juga turut meninggalkan beberapa ‘petua’ jika mendapat duit seperti itu supaya sihir tersebut terbatal.

 

Ciapan berkenaan sememangnya mendapat perhatian netizen kerana rata-rata menyangkal apa yang dikongsi individu berkenaan mengenai sihir melalui wang tersebut.

 

Difahamkan, tulisan cina yang tertulis di wang kertas berkenaan bukan bermaksud mantera tetapi kata-kata untuk rezeki tidak putus dan mengajak ke arah kekayaan.

 

Those Chinese characters is asking for wealth supaya rezeki nda putus. Ngl (not gonna lie), that person’s handwriting is pretty!”

 

“Bukan mantera tu, wife aku cakap ini biasa orang Cina tulis atas duit sebagai ‘lucky charm’ untuk menarik kekayaan dan simpan dalam dompet. Dia tulis pakai permanent marker je, takde darah-darah khinzir dan takde kena mengena dengan sebarang perbuatan khianat,”

 

Dalam pada itu, netizen turut mengecam individu yang memuat naik ciapan tersebut dan mengingatkan supaya berhenti menyebarkan fitnah dan menyentuh isu perkauman.

Post a Comment