Jangan Pandang Ringan Masalah Tidur, Penting Untuk Dapatkan Tidur Yang Berkualiti. – Manis Madu

Jangan Pandang Ringan Masalah Tidur, Penting Untuk Dapatkan Tidur Yang Berkualiti.

Penat seharian bekerja tapi masih susah untuk tidur dengan lena? Cuba tenangkan diri dan ikut tips ini!

Kadang-kadang pelik juga kalau buat aktiviti seharian tapi sampai sahaja waktu untuk tidur, mata tak boleh nak pejam.

Rejim yang bakal Madu share ini mungkin boleh jadi jalan penyelesaian Maduners untuk tidur lebih lena.

  1. Ambil supplement melatonin

Menurut WebMD, supplement melatonin dapat memendekkan tempoh kita perlukan untuk tidur. Supplement tersebut juga boleh didapatkan di farmasi tanpa preskripsi untuk kegunaan Maduners.

2. Bersenam secara berkala.

Madu faham kadang-kadang bekerja seharian memang penat, tapi ia tak menjamin badan anda sihat. Bersenam bukan sahaja dapat menyihatkan badan, ia sekali gus dapat mengesyorkan diri untuk mendapat tidur yang berkualiti. 

 

Kalau Maduners nak tahu aplikasi terbaik untuk melakukan senaman yang simple, boleh baca artikel ini > https://manismadu.com.my/berat-badan-naik-ini-aplikasi-workout-terbaik-2020/ . 

3. Pastikan tilam dan bantal cukup selesa untuk anda. 

Perasan tak kalau tidur di hotel lebih lena berbanding di rumah sendiri? Healthline menyatakan bahawa selain persekitaran yang menenangkan, kualiti tilam dan bantal juga boleh mempengaruhi keselesaan tidur kita.

4. Menggunakan minyak pati aromaterapi (essential oils).

Madu pun baru sahaja berjinak-jinak dengan penggunaan essential oils untuk humidifier. Antara wangian yang boleh membantu ketenangan semasa tidur ialah Lavender. Bilik wangi, tidur pun lena!

5. Atasi segala kerisauan dan ketidaktenteraman sebelum tidur.

Terlampau banyak berfikir bakal mengundang diri anda untuk susah tidur. Sebelum tidur, selesaikan semua kerja dan masalah lain yang Maduners hadapi sebelum ia bertambah lebih teruk dan menggangu waktu tidur. 

Walaupun tidak dapat tidur dengan lena atau secukupnya mungkin perkara kecil bagi Maduners, namun ia memberikan banyak kesan di kemudian hari. Stres dan gangguan memori boleh terjadi! Jadi, jagalah diri anda untuk kesihatan yang lebih terjamin.

Post a Comment