Jangan Rasa Selesa, Orang Muda Juga Berpotensi Dijangkiti Kanser Kolon! – Manis Madu
Orang Muda Juga Berpotensi Dijangkiti Kanser Kolon

Jangan Rasa Selesa, Orang Muda Juga Berpotensi Dijangkiti Kanser Kolon!

Maduners pernah tak dengar tentang kanser kolon? Kanser ini juga dikenali sebagai kanser kolorektal atau kanser usus yang menyerang pada bahagian kolon, usus dan rektum (bahagian usus besar yang terlibat dalam pencernaan makanan dan pembuangan bahan kumuh).

health-articles-orang-muda-pun-boleh-kena-kanser-kolon

Sumber gambar: columbiasia.com

Pada awalnya ia bermula dengan bonjolan kecil yang timbul pada permukaan dalam usus dikenali sebagai polip. Polip pada dasarnya tidak berbahaya tapi kalau korang biar, ia akan membesar dan berubah menjadi kanser.

 

Maduners tahu tak, kanser kolon merupakan pembunuh kedua dalam kalangan lelaki dan pembunuh ketiga dalam kalangan wanita. Lazimnya, ia menyerang golongan yang berumur 50 tahun ke atas tapi tak bermakna golongan berusia seawal 40 tahun dan kanak-kanak bebas daripada risiko jangkitan penyakit ini.

 

Waspada ya pada golongan muda, korang berisiko mendapat kanser kolon jika masih melakukan 6 perkara ini!

#1 Tidak Mendapatkan Tidur Yang Cukup

tidur

Haa, siapa yang jenis suka tidur lambat dan abaikan waktu tidur yang ideal, korang lebih baik ubah rutin supaya dapat cukupkan 6-8 jam waktu tidur. Tidur tak cukup membuatkan produktiviti semakin menurun dan kesihatan akan terjejas!

#2 Kurang Melakukan Aktiviti Fizikal

aktiviti fizikal

Madu tahu, part ini mesti ramai gagal! Yelah, lepas balik dari kerja badan mesti rasa letih dan penat tetapi itu bukan alasan untuk korang tak buat aktiviti fizikal. Sekurang-kurangnya peruntukkan masa sekitar satu jam untuk buat aktiviti fizikal dalam seminggu.

#3 Mengamalkan Pemakanan Tidak Sihat

pengambilan makanan

Ini satu lagi part yang susah sangat rakyat Malaysia nak buat. Siapa jerr tak suka makanan sedap? Tapi pengambilan makanan tanpa mengikut diet seimbang memang mengundang risiko kesihatan. Nak pula, jenis yang kurang makan sayur, buah dan bijirin.

#4 Merokok

merokok

Selain kanser paru-paru, kanser kolon juga berisiko terkena kepada perokok. Paling kurang memuaskan hati adalah merokok bukan sahaja merbahaya buat si perokok tetapi kepada orang yang berada di sekeliling si perokok juga.

 

Berfikir dahulu sebelum membahayakan kesihatan diri dan individu disayangi yang berada disekeliling anda.

#5 Berat Badan Berlebihan

Berat Badan Berlebihan

Bila tak jaga makan, bersenam pun tidak, mencanak berat badan naik dan sangat susah untuk kawal! Bukan jerrr kanser kolon tapi segala jenis penyakit kronik lain seperti darah tinggi, kencing manis, penyakit jantung dan lain-lain mula datang.

#6 Tidak Lakukan Pemeriksaan Kesihatan

Maduners kena tahu pentingnya pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk memastikan tahap kesihatan berada dalam keadaan baik. Kadang secara zahirnya nampak sihat jerr tapi dalaman dah pelbagai penyakit ada! Jangan abaikan pemeriksaan kesihatan.

Post a Comment