Jangan Semberono Pakai Mask, Kenali Jenis Pelitup Muka Yang Berkesan Menentang Wabak COVID-19 – Manis Madu
Jangan Semberono Pakai Mask, Kenali Jenis Pelitup Muka Yang Berkesan Menentang Wabak COVID-19

Jangan Semberono Pakai Mask, Kenali Jenis Pelitup Muka Yang Berkesan Menentang Wabak COVID-19

Sejauh manakah keberkesanan pelitup muka yang Maduners pakai selama ini?

Madu tahu mesti ada yang masih keliru untuk memilih pelitup muka untuk dipakai di kala musim COVID-19 ini. Betul tak?

 

Jadi, hari ini Madu akan suggest pada Maduners semua mask yang betul-betul berkesan untuk menghalang korang daripada terdedah risiko dijangkiti wabak COVID-19.

Menurut gambar infografik tersebut, terdapat beberapa mask yang berkesan seperti berikut:

1. Surgical Mask (Pelitup muka 3 lapis)

Surgical Mask (Pelitup muka 3 lapis)

Surgical Mask merupakan pelitup muka yang sering dipakai oleh orang ramai. Kepada pengguna tetap pelitup muka 3 lapis, boleh teruskan memakainya.

2. KN95

3M KN95 Mask

Sumber Gambar: www.3m.com

Pelitup muka KN95 ini pula dikatakan untuk memberikan pelindungan daripada virus, bakteria dan habuk yang paling efektif.

3. FFP3 Mask (Face Filtering Piece)

ffp3-respirator

Menurut TRT World, FFP Mask terbahagi kepada tiga iaitu FFP1, FFP2 dan FFP3. Sehubungan dengan itu FFP3 merupakan yang paling berkesan di antara ketiga-tiga jenis pelitup muka FFP.

4. Fabrik Mask

fabric mask

Haa, Fabrik Mask ini yang paling mengelirukan masyarakat. Sebenarnya, pelitup muka fabrik boleh digunakan, dengan adanya 3 lapisan seperti infografik ini:

Ingat, bukan sekadar fabrik biasa sahaja! 3 lapisan ini berpandukan syor Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Boleh berfesyen dengan adanya facemask, tapi haruslah berpandukan kriteria yang telah ditetapkan.

 

View this post on Instagram

 

Watch this video to see how to use a non-medical (fabric) mask during #COVID19

A post shared by World Health Organization (@who) on

Akhir sekali, Madu nak pesan untuk semua, jangan lupa pakai pelitup muka di tempat awam! Kalau kena denda RM1000, sia-sia sahaja nanti.

 

Sama-sama kita cegah COVID-19 untuk kebaikan semua.

 

View this post on Instagram

 

Tempat-tempat yang diwajibkan memakai pelitup muka. Tag ahli keluarga dan rakan-rakan anda biar semua orang tahu dan peka.

A post shared by Kementerian Kesihatan Malaysia (@kementeriankesihatanmalaysia) on

Post a Comment