Jangan Terkejut! Macam-macam Perangai Bila WFH! Agaknya Korang Jenis Macam Mana? – Manis Madu
Macam-macam Perangai Bila WFH

Jangan Terkejut! Macam-macam Perangai Bila WFH! Agaknya Korang Jenis Macam Mana?

Waktu pandemik, ramai yang bekerja dari rumah sebagai inisiatif yang baik bagi mengurangkan kadar jangkitan Covid-19. Bekerja dari rumah sudah tentu lebih selamat!

 

Bila cakap pasal WFH ini mesti ramai yang tahu macam-macam kerenah ada, macam inilah, macam itulah.

 

Kalau Maduners nak tahu karakter-karakter yang tiba-tiba muncul sejak WFH, jom kita tengok!  Lepas itu boleh fikir anda tergolong dalam karakter yang mana.

#1 Kejap-kejap Lapar

buka peti sejuk

Sumber Gambar: Impiana

Siapa macam ni, angkat tangan! Tak sah kalau tak ada makanan atas meja. Sambil buat kerja, mulut sibuk mengunyah. Kebiasaannya, mereka ini kejap-kejap buka peti sejuk nak cari makanan.

 

Tip jimat elektrik untuk Maduners: Untuk penjimatan tenaga dan peti sejuk yang lebih efisien, kurangkan kekerapan membuka peti sejuk, susun atur ruangan peti sejuk anda supaya udara dapat mengalir dengan lebih baik. Selain itu, jangan lupa sejukkan dulu makanan yang masih panas sebelum disimpan ke dalam peti sejuk untuk lebih jimat tenaga.

#2 Semua Kau On!

Mereka yang tergolong dalam personaliti ini maksudnya suka buka lampu dan selalu lupa untuk tutup lampu! 

 

Waktu siang lebih elok memanfaatkan cahaya matahari. Ia sumber alam semula jadi yang bekalkan cahaya untuk rumah seperti lampu, cuma perlu tarik langsir ke tepi dan buka tingkap pada waktu siang. Tadaaaa!

 

Bayangkan WFH diterangi cahaya matahari, sambil-sambil hirup udara segar, githewww.

 

Selain daripada itu, kalau rasa masih kurang cahaya dan rumah masih terasa gelap, Maduners boleh gunakan lampu meja semasa lakukan kerja sebab ia akan bantu jimat elektrik berbanding lampu siling.

#3 Miss/Mr Can Do It All

Ini untuk mereka yang dah terlalu lama sangat WFH sampai jadi workaholic. 

 

Pukul 10 malam pun kadang-kadang mereka tengah buat kerja lagi. Pung pang pung pang mereka taip keyboard buat kerja. 

 

Pengumuman Khas! Kesihatan mental dan fizikal anda sangat penting. Selalunya mereka yang ‘workaholic’ sangat pentingkan kualiti kerja mereka.

 

Jadi nasihat disini adalah untuk pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya dari segi fizikal dan mental supaya kualiti kerja anda tidak terjejas.

 

Komputer riba anda pun perlu berhenti bekerja. Matikan suis pengecas sebaik sahaja habis bekerja atau bila peralatan anda sudah dicas sepenuhnya.

 

Maduners juga boleh tetapkan pemasa pada telefon bimbit bagi memberi peringatan tentang komputer anda yang sedang dicas.

#4 Power Napper!

Napping itu maksudnya tidur dalam jangka masa yang pendek, dapat gelaran Power Napper sebab selalu ambil kesempatan untuk nap pada waktu lunch break atau pada waktu tidak ada sebarang kerja!

 

Tapi ingat jangan ambil kesempatan pula, kena bertanggungjawab. Kalau terlalu penat bekerja, Maduners boleh rehat sekejap untuk dapatkan ‘power nap’.

 

Jangan terus lompat atas katil nak tidur! Sebelum ambil ‘power nap’, matikan suis komputer korang untuk jimat penggunaan tenaga elektrik.

 

Walaupun korang tak menggunakan komputer,  peralatan tersebut masih menggunakan tenaga elektrik kalau tidak matikan suis.

Perasaan tak setiap personaliti yang dikongsi akan ada tip untuk korang guna tenaga elektrik dengan efisien? Haaa! Tip jimat tenaga itu sebenarnya boleh cari di laman sesawang Tenaga Nasional Berhad (TNB)

 

Ini baru 4 personaliti dengan tip yang dikongsi,sebenarnya ada banyak lagi tip jimat penggunaan tenaga elektrik di sini. Tip yang memang dijamin berkesan!

Post a Comment