Janna Nick Umum Bina Tahfiz, Netizen Lelaki Tegur Baju Ketat Pula! – Manis Madu
Janna Nick Umum Bina Tahfiz, Netizen Lelaki Tegur Baju Ketat Pula!

Janna Nick Umum Bina Tahfiz, Netizen Lelaki Tegur Baju Ketat Pula!

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara kontroversi, Janna Nick berkongsi di laman Instagramnya mengenai perancangan untuk membina sebuah pusat tahfiz di Kedah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Pusat tahfiz yang diberi nama Kompleks Tahfiz & Anak Yatim Nurul Jannah itu dikhabarkan menelan kos sekitar RM6 juta dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

 

Tambah Janna menerusi video ketika melawat tapak pembinaan pusat tahfiz berkenaan, perkara ini merupakan impiannya dari kecil dan memohon doa dari orang ramai agar proses pembinaan berjalan lancar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Meninjau ke ruangan komen, warganet kebanyakannya turut sama mendoakan proses pembinaan dipermudahkan dan rata-rata menyukai apa yang dilakukan Janna.

 

Namun, dalam pada itu terdapat juga netizen yang kurang senang dengan hantaran berkenaan dan bertindak untuk mempersoalkan cara pemakaian Janna yang dikatakan agak ketat dan tidak sesuai ketika lawatan berkenaan.

 

“Cuma satu je nak tegur manja, niat dah baik, pakaian pun alhamdulillah tutup aurat. Cuma biarlah labuh atau longgarkan sikit. Hormat/kesian kepada adik-adik, abang-abang tahfiz tu nak baca, menghafal al-Quran. Mudah-mudahan dengan berkat niat awak ni menjadi pendorong untuk lebih baik, amiin,” komen seorang netizen.

Post a Comment